Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum and Hello Everyone...


Hari nie aku cuti dah alang-alang esok cuti raya jadi teruskan cuti sampai esok. Sekarang aku berada kat kampung kawan aku jadi aku beraya kat kampung kawan aku memandangkan aku takde kampung sebab aku dah memang duk kat kampung jadi aku ikut orang lain balik kampung. Ngee... Kawan aku ni memang duduk kat rumah family aku dah hampir 6 tahun kira dah macam adik-beradik angkatlah. Kampung dia kat perak. Jadi beraya di Peraklah keme. 


Jadi dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua dan selamat bercuti kepada semua juga...


Gambar dari sumber carian Google




Terima kasih sudi baca...

Victoria Secret Collections

Assalamualaikum and hello everyone...



 

Sekali aku beli 1 set terus. Aku bukanlah penguna setia produk Victoria Secret atau mana-mana high brand ni, aku just pakai product biasa-biasa je mengikut budjet yang aku ada. Mesti ramai girl-girl cantik kat luar sana suka dengan produk VS especially fragrance mistnya. Betul tak?

Mula-mula aku pakai body mist VS ni dalam 6 tahun lepas, ha lama kau. Itupun kawan yang bagi, kakak dia pramugari jadi senanglah dia nak dapat memandangkan dulu produk VS ni takde jual kat Malaysia. Kalau nak beli kenalah kirim dekat akak-akak pramugari atau beli online. Tak lama tue produk VS ni dah ada jual kat Malaysia jugak akhirnya. Tapi dia jual kat KLIA. Kalau nak ke Sepang tue semata-mata nak pi beli body mist memang tak lah kan. Jadi, belilah body mist yang lain jer kan. Sekali tu je lah pengalaman aku pakai body mist VS. Kesian kan...

Tapi sekarang ni VS dah bukak outlet sendiri. Ha, kan senang kita nak dapatkan produk VS nie. So, bila budjet dah ada so anytime aku boleh beli. So, paling senang aku pergi beli kat One Utama je lah. Tak silap aku first outlet dorang bukak dekat Pavillion, lepas tu One Utama Shopping Centre, Johor Premium Outlet (JPO), dan terbaru The Curve. Penang Airport juga ada store VS ni. VS juga dalam perancangan nak bukak outlet di Penang shopping complex, tapi aku tak tahu dah ada atau belum.

Mula-mula aku jejak ke VS One Utama aku beli set yang bawah ni. Dalam dia ada Perfum, Body Wash dan Lotion. Harga dia RM131.00.




Yang terbaru bulan lepas aku pergi lagi, asal nak teman adik aku je last-last aku pun beli jugak dengan alasan nak cukupkan item nak dapat harga murah. Untuk yang set VS Fantasies ni ada promotion boleh campur-campur wangian dan jenis. Semua jenis harga sama. Beli 1 harga RM53.00, beli 2 RM106.00, beli 3 RM129.00, beli 5 RM189.00. Jadi kitaorang decide beli 5. So, dah save RM76.00. Aku punya 2 juga yang lebih adik aku punya. Aku cukupkan mana yang tak cukup hari aku beli. hahahaha....


Ini item yang aku share dengan adik aku. Aku punya 2 jer.

Adik aku ada juga beli Love Spell Body Mist sama macam aku, bila time masing-masing pakai masing-masing akan bukak mulut "eh, akak pakai Lina punya eh??" tak pun "eh, ko pakai akak puya eh??" Perangai kitaorang macam tuelah sape-sape beli produk baru time tue jugak salah sorang akan beli juga lepasnya dari kecik sampai lah dah tua bangka ni. hahahaha....





*** Terima kasih sudi baca...
NOTA : Kebiasaanya bila beli produk mahal-mahal nak beli kali kedua mesti selalu akan fikir 2 3 kali. Hahahaha...

Nasi Lemak Oh Nasi Lemak

Assalamualaikum and Hello Everyone...


Breakfast aku pagi tadi, kenyang sampai petang...


Musnah diet aku hari ni... Arghhhh.... Sekarang ni aku tengah diet nasi. Tapi pagi ni macam teringin sangat nak makan nasi lemak bungkus sebab dah lama giler aku tak makan. Nasi lemak ni aku beli kat mak cik aku. Mak Cik aku nie memang berniaga nasi lemak dari dulu, sebelum pukul 8 jer mesti dah habis. Kebetulan tadi aku singgah, nasi lemak Mak Cik aku tue memang dah nak habis, apa lagi mak cik aku sumbat nasi dan lauk lebih. Dia kata biar kenyang sampai ke petang. Bila memikirkan aku sekarang tak amik nasi rasa berat juga nak makan tapi rezeki jangan di tolak. Lagipun dah lama aku tak makan nasi lemak Mak Cik aku ni. Terima kasih Mak Andak. Love u lah...


Diet nasi yang aku maksudkan ni kira aku tak makan nasilah. Minggu ni sudah masuk 3 minggu tak makan nasi tapi ada jugak amik sikit. Minggu pertama memang tak makan nasi langsung hanya makan lauk, ada masa roti atau mi.  Masuk minggu kedua baru aku amik nasi sehari sekali tapi dalam kuantiti yang sikit. Kalau amik nasi tue mesti kes tak tahan bila mama masak lauk sedap, kalau lauk dah sedap mesti nak makan dengan nasikan. Ada masa aku tak amik nasi jugak, bergantung pada keadaan.


Tapi bila aku diet nasi ni ada juga kebaikannya. Kebaikanya takdelah badan aku turun mendadak, tetapi adalah jugak kurang sedikit. Jadilah daripada asyik naik daripada turunnya. Tapi ada satu kebaikan yang aku dapat bila diet nasi ni,  kebaikanya secara automatik sekarang nafsu makan aku berkurangan berbanding dulu. Kalau makan sikit mesti dah kenyang. Tak macam dulu, bila makan luar tak cukup dengan makanan aku je aku makan tapi blance makanan family aku yang tak habis aku yang habiskan. Sampai aku dapat gelaran TONG SAMPAH BERGERAK. Ada bergeraknyer sebab makan dari satu pinggan orang lain ke pinggan orang yang lain. Tak patut tul dorangkan. So bagi yang sape-sape berat sangat nak ikut mana-mana program diet, apa kata ikut cara aku nie. Ngeee...




 
 *** Terima kasih sudi baca... 

P/S  : Sampai bila lah eh aku boleh tahan tak makan nasi nie eh???

Perginya Kucingku Seekor Demi Seekor

Assalamualaikum and Hello Everyone...


Semalam mood aku marah, tapi harinie mood aku sedihlah harinie. Aku baru cadang nak buat entri pasal pengalaman aku dulu yang takut kucing, dah ada pun dalam draft cuma nak touch up sikit sebelum nak publish tapi rasa sedih pulak. Jadi aku buat entri nie tuk luahan rasa sedih aku nie.

Ia, memang dulu aku takutkan kucing, tapi ada sebab yang kenapa tiba-tiba aku hilang rasa takut tue. Nanti aku cerita dekat entri lain. Tapi sedar tak sedar aku dah beli hampir 15 ekor kucing. Tapi yang aku sedih ni sebab aku baru nak mula belajar nak menjaga kucing tah kenapa sejak dari minggu lepas kucing aku mati seekor demi seekor. Pagi tadi mati seekor. Jumlah sekarang 3 ekor kucing aku mati 3 ekor dalam masa 3 hari. Sedih giler...

Kalau diikutkan Mama aku suruh buang kucing-kucing tu sebab dah terlampau banyak sangat. Tapi aku dengan rela hati nak jaga kucing-kucing tue. Pagi-pagi sebelum pergi kerja settlekan kucing dulu balik-balik kerja pun terus pergi settlekan kucing dulu tapi bila jadi macamnie buat aku rasa sedih plak. Kucing-kucing aku tue takde pulak tunjuk yang dia sakit, cuma sebelum dorang nak mati dorang memang rasa macam tak selera makan dan diam jer. Aku ingat demam biasa je, sekali esoknya terus mati. Pelik aku. Sebelum-sebelum ni aku ada jugak beli kucing tapi ada yang dah buang takda pulak pernah sakit. Sihat jer. Pening aku memikirkan, nak bawa ke klinik kos tinggi. Sekarang ada lagi 2 ekor yang tengok macam sakit jer. Tak tahulah macamna dorang kat rumah nie, macam tak sabar je nak balik nak tengok keadaan dorang yang masih ada tu...

Adakah disebabkan aku selalu cakap dekat dorang aku nak buang. Kesudahanya dorang pergi. Sedihnyer..  




NOTA : Perasaan bercampur baur, rasa sedih dan rasa bersalah. Tapi aku dah berusaha menjaga dorang sebaik mungkin. RIP Monkey, Ciko, Itam... 

Bila Orang Mempersoalkan Soal Kahwin

Assalamualaikum and Hello Everyone....


Hurm... mula-mula entri je aku dah mengeluh nampak. Macam berat benor je masalah aku nie. Kenyataanya memang berat uols. Kalau time-time weekend jer biasalah banyak kenduri kahwin, nak-nak bila nak hujung tahun ni. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu. Tapi aku tak ler, sbb aku tak ramai kawan. Tapi citer tuk mama aku lah. Yang asyik pergi rumah kenduri kahwin anak orang tapi anak-anak dia tak kahwin-kahwin lagi. Acaner tu? Asal balik dari kenduri kahwin jer, mama aku mesti akan citer pasal kawan-kawan dia dan orang-orang kampung bertanya. Soalan yang biasa dorang akan tanya dekat mama aku biasalah "bila ko menantu Su?" HURMMM.... Soalan ini juga biasa akan kedengaran bila time Hari Raya.


Selagi aku tak kawen bermakna parent aku memang belum lagi buat majlis kahwin. Seperti yang sesetengah orang tahu, aku kan anak sulung pluss anak dara tua pulak tue. Hurmm... Bila aku fikir-fikir balik, memang aku boleh buat tak endah apa orang nak kata. Tapi macamna dengan Mama dan Ayah aku? Sampai bila dorang nak berhadapan dengan orang yang mempersoalkan tentang anak-anak mereka tak kahwin-kahwin ni.


Tak tahu aku nak cakap kat uols, kenapa sampai sekarang aku masih tak kawen lagi. Lebih kurang 2 tahun aku nak masuk ke kategori 3 series. Tipulah kalau aku cakap aku taknak kawen dan ada family sendiri. Bila tengok kawan-kawan yang sebaya dengan aku, boleh dikatakan ramai yang dah kawen yang sudah ada anak 3 pun ada. Kadang-kadang aku terfikir, apa yang aku cari dan apa yang saya nak untuk hidup aku ni?? Ada tak sesiapa yang mengalami situasi sama macam aku ni???





NOTE : Penat nak bercinta-cinta ni, tunggu orang masuk meminang jer...

Giveaway 10K Followers Mialiana.com



Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add  Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :

❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Aida Hanafiah
❤ Amir Rofie | Google+
❤ Chekgu Skolah | Fanpage
❤ Anastasyea | Google+
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Rafina Mimi | Fanpage
❤ Paly | Fanpage
❤ Dayang Deno | Fanpage
❤ Cikgu Kaca Mata | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+
❤ Keyme Keymo | Google+
❤ Nur Dzafirah | Fanpage


Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :

❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00


     jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...

    PUASA 2013

    Assalamu’alaikum! & Greeting!...



    Masih belum terlambat untuk Mawar ucapkan selamat berpuasa kepada semua... Dan selamat menunaikan ibadah sepanjang Ramadhan ini. 




    NATURAL BAMBOO CHARCOAL SLIMMING SUIT

    Assalamu’alaikum! & Greeting!...

    Sebelum tue Mawar nak bagi tahu entri nie sepatutnyer di published pada bulan May tapi al-maklumlah konon-kononya busy. hehehe... Tapi Mawar nak share jugak.




    Sebut jer pasal Natural Bamboo Charcoal Slimming Suit nie mesti ramai pernah dengar, dah tahu dan ada juga yang sudah mencubanya. Mawar pun dah lama juga tahu pasal Slimming Suit nie, tapi baru tergerak hati nak mencubamya. So, sekarang Mawar dah tak risau nak pakai baju apa-apa pun sebab Slimming Suit nie dapat menyembunyikan lebihan lemak di badan Mawar nie dan menampakkan tubuh Mawar langsing gitu.

    Tapi…. Slimming Suit ini bukan saja berfungsi menyembunyikan lemak-lemak dibadan kita tetapi ia juga dapat membakar lemak kita. Tak caye??? Betul, kalau uols nak tahu mula-mula cuba slimming suit nie Mawar order saiz L/XL tapi 2 minggu selepasnyer Mawar order untuk S/M sebab suit nie dah longgar. Mula-mula just berfikir mungkin sebab suit tue dah kembang tapi adik Mawar juga perasaan yang Mawar sudah kurus sikit. Dan tidak mungkin juga suit ini longgar kerana ia dicuci dengan tangan dengan perahan yang lembut mustahil ia dah kembang dengan hanya 2x cucian. So, apa kata uols sendiri pula untuk mencubanya.


    So, nak tahu apa kebaikan Slimming Suit ini serta bagaimana ia berfungsi??? Mai sini Mawar bagi sedikit info pasal Slimming Suit nie.


    Natural Bamboo Charcoal Slimming Suit ini diperbuat daripada kain yang sangat selesa untuk lapisan umur. Ianya dapat membakar lemak dan menampakkan tubuh kita kelihatan langsing. Suit ini diperbuat daripada bahan semulajadi yang anti kuman iaitu gentian arang buloh (bamboo charcoal). Suit ini juga kuat, elastic dan nyaman bila dipakai. Suit ini turut mengandungi infra merah yang dapat melancarkan peredaran darah dan metabolism, membakar lemak-lemak berlebihan, membentuk lekuk tubuh yang indah dan memberikan keyakinan kepada pemakai untuk hidup lebih baik dan bersemangat.

    Kebaikan Natural Bamboo Charcoal Slimming Suit

    1)      Menegangkan Payudara (Breast Up)
    Natural bamboo dapat memberikan kekuatan bagi tulang belakang anda supaya menegak sambil menaikkan buah dada anda lebih yang lebih cantik dan anjal.

    2)      Merampingkan Pinggang (Abdominal Tightening)
    Natural bamboo dapat membentuk pinggang anda supaya lebih ramping serta dapat menutupi lebihan lemak di bahagian itu supaya Nampak rata dan dalam keadaan yang selesa dengan memakainya anda akan kelihatan lebih berkeyakinan dengan diri sendiri.

    3)      Menaikkan Punggung (Buttocks Lift)
    Natural bamboo dapat menaikkan keseluruhan kawasan punggung anda supaya nampak lebih anjal dan terletak.

    4)      Mengecilkan Peha (Leg Shaping)
    Natural bamboo dapat membentuk peha serta kaki anda supaya kelihatan kecil, cantik dan menawan.

    5)      Mengempiskan Perut
    Natural bamboo dapat membakar lemak yang berlebihan sekali gus dapat mengempiskan perut anda.

    Waktu Pemaikaian – Sebaiknya dipakai sejak awal pagi pada setiap hari kerana dengan memakai terus akan mencegah kegemukkan dan mempertahankan tubuh yang indah dan sihat. Untuk mencapai hasil yang lebih baik, pakai 8 jam sehari selama 2 bulan.

    Cara Pemakaian – Mulakan daripada bawah sarung kebadan. Seperti gambar dibawah.


    Cara Cucian – Cucian tangan dengan sedikit sabun tanpa bahan pemutih atau mesin. Kemuadian perah dengan lembut dengan mengunakan tangan selepas di cuci dan biarkan kering ditempat sejuk/redup.


    Saiz Saiz S-M (45-60kg) Pinggang <30inci, Pinggul <38inci Berat <60kg

                Saiz L-XL (60-80kg) Pinggang >30inci, Pinggul >38inci Berat >60kg



    Kenapa kita perlu amalkan pemakaian korset?
    Bagi yang mengimpikan bentuk badan yang cantik, punggung dan dada yang menawan, pinggang yang ramping, serta badan yang sihat sehingga tua, mulakanlah penjagaan tubuh anda dari sekarang sebelum terlambat terutamanya anak-anak dara macam Mawar nie (hurm, bukan anak dara tua ke Mawar nie?) kerana dari semasa ke semasa bentuk tubuh kita sentiasa berubah, tambah selepas kita sudah berkahwin dan bersalin.

    Mawar beli Natural Bamboo Charcoal Slimming Suit nie dekat sorang akak nie kat FB namanyer Kak Ila. Service beli barang kat dia memang tip top, tanyer macam-macam pun akak nie akan tetap melayan dan barang cepat sampai. So, sesiapa yang berminat boleh lah ke FB Kak Ila DISINI atau boleh terus PM/SMS/Whatapp terus Kak Ila 019-7696792

    Selain dari Natural Bamboo Charcoal Slimming Suit Kak Ila juga ada jual macam-macam produk yang tengah hot di pasaran sekarang nie seperti Felinna Beauty, Aura White, Figure-Up, Maixara, Vitamin C, Parma Pahang, Ferwhite, Swiss Med, Shesido Black Mask, Bedak Arab dan macam-macam lagi lah. Jom kita serbu FB Kak Ila. Sekarang Kak Ila sedang membuat harga promosi untuk selected item. Nak tahu lebih lanjut boleh terus hubungi terus Kak Ila.

    BERMINAT??? Pm/Wassap/Sms – 019-7696792 (Kak Ila)

    Or

    Klik FB Kak Ila untuk mengetahui setiap produk dengan lebih lanjut.

    Late Terima Kasih Buat Kak Mia

    Assalamu’alaikum! & Greeting!...


    Hai semua... Macam biasalah Mawar ni kejap ada, kejap takde kan. Dah macam biskut. Ape pun takpelah, rasanyer takde sape pun tertunggu entri terbaru dari Mawar kan. hehehe... Nak kata busy tak jugak, sebab sejak dari awal bulan 2 memang free giler. Since awal bulan 2 haritue Mawar dah tak berniaga burger lagi klu nak tahu sebab apa tunggu next entri nanti Mawar citer. So, konon-konon sebelum-sebelum nie tak cukup rehat jadi dapat waktu banyak rehat jadi habiskan sebaik-baiknya. hahaha... Pemalas betui anak anak dara nie kan. 

    Ok, untuk entri ini Mawar nak ambik kesempatan nak ucapkan banyak-banyak terima kasih to Kak Mia sebab buatkan banner untuk mawar yang sangat-sangat cantik. Mawar suka sangat-sangat. Mawar memang suka yang simple tapi nampak da boomm... Sebenarnya, Mawar dah terima banner ini dalam bulan 1 tak silap cuma belum sempat buat enti khas tuk Kak Mia. Anyways, thank you Kak Mia. Love you... Muaahhh.... :)

    Ni lah hasil banner Kak Mia buat untuk Mawar. Cantik kan. 





    Credit to Kak Mia 

    J-Reyez Ft. Lydia Paek - There For You (Lyrics)


    J-REYEZ Ft. LYDIA PAEK  - THERE FOR YOU


    (pre-chorus)
    just when I thought love was a lie
    then you showed up in my life
    you believe in what I do
    but I need your trust that we're gonna pull through

    (chorus)
    I'll be I'll be there for you
    I'll be I'll be I'll be there for you
    I'll be I'll be I'll be there for you
    I'll be I'll be I'll be there for you
    the world won't see it
    but between you and me, it's perfect
    love in one word is your name
    baby to me, you're worth it

    (verse 1)
    it's getting kinda difficult, adjusting to this lifestyle
    no one here to hear me out, so I just write it down
    since the last one, I promised not to love again
    broken hearted, it was even hard to trust a friend
    so I just pretend like life is going good
    never put a smile on, even though I know I should
    you got the world, the people in it getting in between us
    why can't we just agree, like shit it ain't a damn prenup
    that night to remember, I felt like you're the one
    I didn't wanna tell you, I was never good at speaking up
    I want you to be happy, happy that you're with me
    I got your back, don't even worry bout supporting me
    my visions getting blurry and life's getting distorted
    I'm always in the studio, work and recording
    don't need to prove it, I need you to take care
    wondering if you think you're too good to stay here

    Chorus

    (verse 2)
    when I look at you I see a different kind of beauty
    even though you did pursue me but you didn't see right through me
    I'm not a perfect person but you see me perfectly
    and I ain't gotta worry bout you ever hurting me
    build up your confidence, I'll help you take a stand
    I got your back, you and I, that's my greatest plan
    I'm who I am today and I got no regrets
    and what we built for us is something that I won't forget
    in this world, if there was more love I would give more
    I'm glad you weren't the type to judge what I live for
    every show I go to, gotta deal with the assumption
    of what the people perceive, try to brush it off like it's nothing
    I look forward to every trip, and I do it for the music
    but when I'm gone, my excuse is that I'm coming home to you quick
    but let me do my thing with this dream I'm gonna pursue
    I would hate to ever hurt you and patience is a virtue

    Chorus



    Lyrics From J-Reyez Youtube Channel


    Enjoy it!






    J-Reyez Channel http://youtube.com/JREYEZ
    Lydia Paek Channel http://youtube.com/JUUKKES

    Segmen : Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam 2013

    Assalamu’alaikum! & Greeting!...

    Hari ini untuk tahun 2013 nie Mawar join satu segmen nie. Kira ini kali ke 6 Mawar join segmen.

    Sesiapa yang nak join boleh klik di banner INI


    Syarat-syarat boleh lah klik kat SINI


    Followers Mawar sekarang 147




    Joms kta beramai-ramai join dan tingkatkan followers kita.

    I Will Follow U...

    Ambil Mood


    Assalamu’alaikum! & Greeting!...


    Pagi-pagi jer tadi sampai office terus bukak blog. Hari Isnin, seperti biasa memang mood nak buat kerja tue agak lambat sikit. So, dengan Mawar yang memang jarang sangat2 berblogwalking ke blog rakan-rakan so untuk ilangkan mood malas tue Mawar berblogwalking lah dari pukul 8 pagi sampai sekarang nie. Tapi masih banyak lagi blog yang Mawar belum singgah. Akan cuba berblogwalking ke semua followers Mawar pada hari ini. 


    Sumber : Google Search


    Have a nice day uols

    Randy Pangalila Ft. Marsha - Selalu Milikmu (Lyrics)


    RANDY PANGALILA Ft. MARSHA  - SELALU MILIKMU  
    (Ost Dalam Hati Ada Taman)

    Memilikimu anugerah untukku
    Meskipun ku tau
    Tak pernah kau menjadi milikku

    Mencintaimu sepenuh jiwaku
    Memiliku bahagia untukku
    Namun kau tak tahu
    Hatiku hanyalah untukmu

    Meskipun kita berbeda
    Namun ku ingin kau mengerti bahawa
    Sebenarnya ku tak pernah mampu
    Jauh darimu

    Meskipun kita berbeda
    Namun ku ingin kau mengerti bahawa
    Sebenarnya ku tak pernah mampu
    Jauh darimu

    Ku mencintaimu sepenuh hatiku
    Memiliku bahagia untukku
    Namun kau tak tahu
    Hatiku hanyalah untukmu

    Akankah kita akan bersatu
    Jalani cinta ini

    Meskipun kita berbeda
    Namun ku ingin kau mengerti bahwa
    Sebenarnya ku tak pernah mampu
    Jauh darimu


    Lyrics Form Here

    Berbaloikah???

    Assalamu’alaikum! & Greeting!...


    Since tahun lepas, berat badan Mawar naik mendadak. Dan sejak itu juga Mawar dah tak suka SHOPPINGGGGGGGG.... huh? Alasan Mawar adalah MALU. Malu sebab kalau amik baju and wanna try kebanyakkan tak muat, bila pakai nampak pelik dan tak cantik. Huh, sedih... Bila dah try baju tue ofcoz sape-sape yang teman mesti nak tengok hasilnya, so tue yang malu nk show kat dorang tue. Ok, cerita sini habis sini yer, berat badan Mawar naik mendadak mencecah 15kg wooo... Terkejut tak? ke ada yang pengsan. But it the reality. But, kalau tak shopping Mawar kekurangan baju nak pakai sebab yang sedia ada banyak yang dah tak muat. 

    So, Mawar ada cara terbaik mengatasi masalah malu ini. So, we gonna shopping online or from katalog. Tak perlu untuk mencuba, just amik saiz yang besar sikit dan takde sapa-sapa nak tengok Mawar try baju. Bijak x?? hehehe....

    But bila dah syok sangat memilih dan budjet bila tengok model peragakan baju-baju tue dan berharap sama cantik dengan model-model tue bila dipakai, begini pulak jadinyer.

    .

    .

    .

    .

    .




    Alasan hanya beli dari katalog yang murah dengan alasan selepas nie kurus baju-baju ni dah tak digunakan lagi, rugi kalau beli yang mahal. Alasan tak hengat. Tapi kalau sudah murah tapi pilih itu pilih ini, kesudahanya beratus-ratus juga harganya. 


    Bila dah rasa diri ku ini semakin membesar so pilih yang ada saiz besar sahaja. Tapi ini pula jadinyer.


    Terlebih Suda...


    So, budjet badan ini masih solid lagi, baru-baru ini beli saiz yang kecil sedikit dengan harapan muat. Tapi ini pula jadinya.


    Oppsss... 

    Hurmmm...

    Jadi kesimpulanya cara ini tak dapat menyelesaikan masalah Mawar ini dan membazir sebab baju-baju yang tak muat sapa nak pakai? huh... Pengajaranya yang kita dapat adalah walau sebesar mana badan kita, kita haruslah mencuba baju yang hendak dibeli terlebih dahulu. Dengan dunia kita yang semakin maju dengan fesyen jadi tiada masalah untuk memilih baju tidak kira mengikut peringkat saiz badan yang penting kita bijak mengayakannya dengan baik.


    Senarai Top 5 ABPBH 2012

    Sumber Gambar : Google Search


    Semalam telah berlangsungnya sidang media bagi mengumumkan senarai lima teratas percalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012. Dibawah adalah artis-artis yang tercalon dalam senarai top 5 di dalam setiap kategori. Check it out!!!


    Artis Baru Lelaki Popular
    1) Aiman Hakim Ridza
    2) Izzue Islam
    3) Jimmy Palikat
    4) Shah Iskandar
    5) Taiyudin Bakar

    Artis Baru Wanita Popular
    1) Ainan Tasneem
    2) Emma Maembong
    3) Hanez Suraya
    4) Nad Zainal
    5) Wawa Zainal

    Artis Duo/Berkumpulan Popular
    1) Black & Malique
    2) Hafiz & Adira
    3) Jimmy Palikat & One Nation Emcees
    4) Mojo
    5) Sleeq & Najwa Latif

    Penyanyi Lelaki Popular
    1) Aizat
    2) Black
    3) Faizal Tahir
    4) Hafiz
    5) Hazama

    Penyanyi Wanita Popular
    1) Jaclyn Victor
    2) Najwa Latif
    3) Shila Amzah
    4) Stacy
    5) Yuna

    Pelakon TV Lelaki Popular
    1) Aaron Aziz
    2) Adi Putra
    3) Beto Kusyairy
    4) Fahrin Ahmad
    5) Johan As’ari

    Pelakon TV Wanita Popular
    1) Fasha Sandha
    2) Izara Aishah
    3) Nabila Huda
    4) Neelofa
    5) Siti Saleha

    Pelakon Filem Lelaki Popular
    1) Aaron Aziz
    2) Adi Putra
    3) Bront Palarae
    4) Shaheizy Sam
    5) Zizan Razak

    Pelakon Filem Wanita Popular
    1) Lisa Surihani
    2) Maya Karin
    3) Neelofa
    4) Nora Danish
    5) Yana Samsudin

    Artis Komedi Lelaki Popular
    1) Angah
    2) Jepp
    3) Johan
    4) Nabil
    5) Zizan Razak

    Artis Komedi Wanita Popular
    1) Enot
    2) Didie Alias
    3) Jihan Raja Lawak
    4) Noorkhiriah
    5) Sharifah Shahira

    Pengacara TV Lelaki Popular
    1) AC Mizal
    2) Awal Ashaari
    3) Aznil Nawawi
    4) Faizal Ismail
    5) Zizan Razak

    Pengacara TV Wanita Popular
    1) Adibah Noor
    2) Didie Alias
    3) Fara Fauzana
    4) Neelofa
    5) Sharifah Shahira

    Penyampai Radio Lelaki Popular
    1) Ag
    2) Faizal Ismail
    3) Halim Othman
    4) Johan
    5) Nabil

    Penyampai Radio Wanita Popular
    1) Abby Fana
    2) Dj Lin
    3) Fara Fauzana
    4) Linda Onn
    5) Raja Azura



    Uols semua puas hati tak dengan percalonan-percalonan tersebut? Artis kesayangan uols tercalon tak? Rasa-rasa siapa yang dapat anugerah bintang paling popular 2012 eh? Aaron Aziz kot. hehehe...

    Sumber Gambar : Google Search

    Wordless Wednesday #6 - Ala, comeynyer


    <
    My cat 'Indut' time nie duk atas peha.

    Terjah Kaw Kaw!!!

    Assalamu’alaikum! & Greeting!...

    Semalam join segmen Ini Link Saya.. Sila Promote! dari Mak Dara. Segmen nie sampai pukul 3.00 petang. So, lepas pukul 3.00 petang semalam, Mak Dara link kan ke semua link blog yang join. Kira ini segmen ke2 Mawar join. Semalam Mawar tak sempat nak terjah, alhamdullilah pagi nie sampai jer office amik masa untuk terjah kesemua link blog yang Mak Dara bagi. Alhamdullilah, kesemua dah Mawar terjah. Lega, walaupun terpaksa curik masa kerja. hehehe... Anyways, kepada yang Mawar komen dan follow salam perkenalan semua. Kepada sesiapa yang Mawar ada terlepas pandang, nanti mention kat Mawar eh. Thanks sangat. Thank juga buat Mak Dara buat segmen nie, memang sangat2 membantu menceriakan blog Mawar ini,

    Joms kita terjah blog diorang yang join segmen ni. 






    NOTA : Mood tengah rajin woo...

    Berbadminton Bersama Artis

    Assalamu’alaikum! & Greeting!...

    Last year punca cerita tak sempat nak cerita dekat uols. Walaupun cerita dah basi Mawar nak jugak share kat uols. Tak, sebenarnya bulan July last year Mawar ada ikut bestfriend Mawar tengok tournament friendly match badminton company dia kat KLGCC. Bukan tournament friendly yang biasa tapi tournament bersama artis tue. Nak tahu artis siapa jer yang join joms layan gambar-gambar kat bawah nie.



    Barisan artis yang join dan staff2 company tempat bestfriend Mawar Kerja. 
    Kalau uols nak tahu, kawan Mawar nie kerja kat company husband Datin Aliah Lee.



    Gaya bebas.



    Anzalna pun main jugak tau, partner dengan Lufya AF.



    Fara Fauzana & Serina Ridzuan


    Datin Sofea Jane & Linda Onn. Dorang berdua nie memang terror main badmiton.


    Datin Paduka Umie Aida & Husband. Datin Paduka & Datuk Paduka memang sangat2 sporting 


    Kak Fara yang sporting habis.


    With Serina Redzuawan.


    With Datin Paduka Umie Aida the Presiden Team SUTERA. She sangat2 friendly.



    With Fizz Fairuzz. Mawar takdelah minat sangat Fizz  Fairuz nie, bila tengok kat tv macam biasa2 jer dia nie, tapi bila dah jumpa depan2 nie memang leh buat cair. Memang hensem giler Fizz Fairuz nie, putih melepak tue.



    Winner goes to Team Sutera.

    Chris Brown - I Wanna Be (Lyrics)



    CHRIS BROWN - I WANNA BE

    (Sigh)
    Look. I know we've been friends for a while now.
    But, I just feel like I can confess to you.
    It's gonna be hard but.
    Alright here it goes...


    Imagine that the pillow that you cried on was my chest,
    and the tissue that you wiped your face with was my hand.
    Girl, imagine if you needed advise about some other guy, I'm the one that comes to mind.
    Not tryna hear you tell nobody that I'm just a friend,
    just trying to make sure I'm that body that you call your man,
    and anytime you need a shoulder...  it's yours, night or day,
    but what I'm tryna say is, I wanna be...

    (Chorus)
    The last number you call late at night (said I wanna be),
    The first one that you dial when you open your eyes.
    Wanna be the one you run to,
    wanna be the one that ain't gonna hurt you,
    I wanna be yeah, I wanna be yeah..
    Be the man making your girl jealous,
    be the guy shuttin' down all the fellas..
    whatever you need, girl, it's all on me,
    soldier, your friend or your lover, girl,
    I wanna be...


    Would it be cool?
    Would you mind if I called you my boo,
    what if the next whip you was pushin' was the one I bought for you?
    Can I be the one that meets your pops and take your mama shoppin', be the only one they like?
    Have you thought about it... wait... really thought about it?
    Maybe you should take some time
    call your girls and talk about it, yeah.
    'cause I done already made up my mind,
    don't need no more time to know if I wanna be with you,
    I wanna be...

    (Repeat Chorus)


    Put me on your screen saver, all over your myspace and make me one of your top favorites,
    that's where I wanna be...
    The one you cryin' for (stand up for and fightin' for)
    wanna be your good, bad, love, hate girl..


    Cross my heart hoped to die, on everything that's good,
    I'm gonna do you right, show you right, get this understood. (2x)

    (Repeat Chorus)

    Girl I wanna be, I wanna be.... 
    I wanna be, I wanna be...

    Lyrics from AZlyrics.com






    NOTE : Baru perasaan semua lyrics lagu yang di post lagu Chris Brown? Hurm...

    Welcome 2013


    Assalamu’alaikum! & Greeting!...


    First entri on 2013...

    Alhamdullilah, Mawar masih lagi bernafas sehingga ke hari ini. Masih lagi boleh menaip entri di blog Mawar ini dan masih lagi diberi peluang lagi untuk memperbaiki kelemahan yang ada di dalam diri Mawar ini, walaupun azam tahun lepas masih lagi belum dapat dicapai. 

    Sebenarnya, Mawar tiada azam pada tiap-tiap tahun baru menjelang. Bukan sebab Mawar ini tiada cita-cita atau wawasan. Cuma Mawar taknak terlalu mengejar azam itu, dan akan terlalu kecewa sekiranya tidak dapat mencapai azam itu. Tetapi hanya mempunyai satu saja azam yang tidak berubah pada tiap-tiap tahun iaitu untuk membuat yang lebih baik dari tahu sebelumnya. So, bila dah tanamkan azam tue, barulah kita boleh mencapai segala-galanya. 

    Untuk azam nak beli sesuatu pada tiap-tiap tahun itu mesti ada, iyelah family Mawar bukanlah orang senang nak main mintak-mintak jer. So, kena usaha sendiri. Tapi, selalunya memang tak dapat nak mencapai dek kerana sikap boros Mawar yang tak pernah nak hilang di dalam diri Mawar ini. So, untuk tahun ini sebelum Mawar berazam nak beli sesuatu Mawar haruslah buang sikap boros Mawar itu terdahulu. So, azam Mawar pada tahun ini selain ingin membuat lebih baik dari tahun sebelumnya kedua Mawar nak berubah menjadi seorang yang berjimat cermat. Bila sudah tanamkan kedua-dua azam ini barulah boleh kita beli apa yang kita iginkan. Amin…

    Azam Mawar untuk blog Mawar pulak, hopefully tahun nie Mawar akan banyak membuat entri dan lebih rajin menjenguk ke blog rakan-rakan blogger. Amin...


    So, apa azam uols pada tahun ini??? 

    Selamat Tahun Baru & Happy New Year !!!

    Welcome 2013

    Picture From Google Search