Thursday, May 31, 2012

Pengalaman Ku Bersama Fashion Valet

Assalamu’alaikum! & Greeting!...

Fuuhh, tajuk tak tahan. Mawar bukanlah pelanggan tetap Fashion Valet pun. Cuma pagi tadi Masa Mawar nak turun lif bangunan office Mawar bekerja untuk membeli surat khabar, Mawar ternampak ada sorang brother nie bawak bungkusan Fashion Valet. So, terus mawar teringat pengalaman pertama Mawar menjadi pelanggan Fashion Valet. Aceh-ceh.... huk!!! huk!!!

Sudah semestinya uols semua kenal dan tahu siapa itu dan apa itu Fashion Valet kan? Kalau sesiapa je ke website Fashion Valet tue memang confirm rambang mata. Termasuk Mawar nie. Cuma bila nak membelinya poket nie tak mengizinkan. Lagipun tunggu stok Mawar kurus. (Cit, alasan jer ko Jemah) hehehe....

Oklah berbalik pada cerita tadi, Mawar tidaklah beli apa sangat pun. Cuma Mawar excited sangat masa Fashion Valet mula-mula keluarkan produk Cosmetics. Mawar nie memang pantang kalau bab2 mekup2 nie. Kalau uols nak tahu Mawar lebih rela berhabis duit untuk membeli barang mekup dan facial daripada baju. Bukan tak minat baju, tapi akan dahulukan pada barang mekup dan facial terlebih dahulu. So, dek kerana nak juga menjadi salah sorang daripada berjuta pelanggan FV nie, Mawar pun apa lagi tanpa membuat masa terus membuat tempahan. Service FV memang tic tac, eh! bukan2 TIP TOP. Tak caye? ce uols try... hehehe...

Kalau sebut pasal Fashion Valet, mesti uols akan terbayang-bayangkan wajah Vivy Yusof kan. Siapa tak kenal dengan si Vivy nie kan, terutama sekali dalam dunia blogger nie. Vivy Yusof merupakan Faunder/CEO Fashion Valet. Dia juga merupakan pemilik blog PROUDDUCK. Walaupun usianya muda tetapi dia telah mempunyai empayar besarnya sendiri. Proud of you. Sesiapa yang singgah ke blognya sudah pasti tak mahu pulang-pulang. Rasa mahu duduk disitu sahaja. Contohnya sayalah. hehehe....

Nie lah Vivy Yusof



So, nak tgk apa yang Mawar beli...


Bungkusan yang Awosome.



Kemas je kan.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaa....

Ini jelah yang mampu ku beli. :)


Friday, May 25, 2012

Alhamdullilah

Assalamu’alaikum! & Greeting!...

Sejak adik Mawar dalam proses pemulihan selepas mengalami kemalangan, stall burger kami hanya dibuka pada sebelah malam sahaja. Kalau sebelum ini ia dibuka dari petang hingga malam. Selain itu juga kami akan berniaga air. Macam air teh o, kopi o, teh tarik, nescafe tarik dan lain-lain lagi lah. Tetapi sekarang ini kami telah menyerahkan buat sementara membuat air kepada peniaga lain yang turut berniaga bersama kami juga. Kalau sebelum ini Mawar nak ponteng berniaga agak susah, sebab kena ikut jadual waktu berniaga mak cik tue. Dah tentulah pelanggan yang makan makanan mak cik tue mesti nak air kan. So bila dah berhenti sekejap buat air rasa seronok pulak nak cuti ikut suka hati Mawar. hehehe.... tapi, bila fikir-fikir balik rasa sayang pulak kalau plan nak cuti. Duit tue...


Yang tak bape nak bestnya bila Mawar dan kawan Mawar saja yang handle agak kelam-kabut dan letih sangat-sangat. Sebelum ini Mawar akan ambil shift jaga stall dalm pukul 8.30 malam. Tapi sekarang ini balik saja dari kerja terus siap-siap bukak stall. Kadang-kadang sampai tak sempat nak mandi. hehehe... shhhhh... jangan bagitahu orang lain tau. Kebiasaanya kami akan sampai rumah lambat lambat juga kerana kawan Mawar kerja di KL dan Mawar di Shah Alam stall kami pula di Meru. Jauhkan... memang rushing2x lah. Tapi, kadang-kadang kawan Mawar akan duduk kat opis branch dia di Shah Alam. So, time tue bolehlah bukak awal sikit. 


Gambar Pencarian Google Search


Masa adik Mawar mengalami kemalangan, stall kami tutup selama seminggu. Pada waktu langsung tak peduli  lansung soal pelanggan lari yang penting adik nak tunggu sampai adik Mawar balik rumah. Seminggu selepas tue baru adik Mawar balik dan kami pun mula bukak stall kami. Dan tak disangka hari pertama buka selepas dari cuti alhamdullilah, masih ada pelanggan kami dan paling bersyukur sangat penampakkan penambahan pelanggan pada waktu malam. Kalau sebelum ini bila kami amik shift jaga malam agak berbeza daripada sekarang sehinggakan ada pelanggan yang selama seminggu beli burger di stall kami. Terima kasih. Terima kasih kepada Allah SWT diatas rezeki yang engkau berikan kepada kami dan kami berharap ia akan berterusan. 

Wednesday, May 23, 2012

Maher Zain - Number One For Me (Lyric)







I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed


Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day

And now I finally understand
Your famous line
About the day I'd face in time
'Cause now I've got a child of mine
And even though I was so bad
I've learned so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kid the way you do 


You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me 
There's no one in this world that can take your place
Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me


You know you are the number one for me (x3)


Oh, oh, number one for me


#Lyrics get from Awakening Records You Tube channel.

P/s : Post lyrics lagu nie sebab suka sangat-sangat lagu nie.

Tuesday, May 22, 2012

Uncang Telur

Assalamu’alaikum! & Greeting!...

Ahad lepas, diadakan majlis cukur rambut anak mawar. Eh.... bukan2, anak sepupu mawar lah. Kira anak sedara mawar lah kan. Bila dah dengar majlis cukur rambut ofcoz lah ada buat kenduri. So, bila dah dengar kenduri ofcoz ada gotong-royong. Tapi bukan gotong-royong bersih2 kan surau atau padang tue, ofcoz lah gotong-royong untuk kenduri tue lah. Eh, apalah aku merepek nie. Tapi apa kena mengena mawar cerita kat uols kan.

Hurm... Sebenarnya bukan tujuan sebenar mawar nak cerita pasal cukur rambut anak sedara mawar tue, tapi mawar nak cerita kat uols untuk majlis nie sepupu mawar mintak mawar buat part hias beg uncang telur. Kebiasanya, bila majlis cukur rambut sudah pastinya akan ada bunga telur dan akan disertakan dengan bungkusan duit syiling di bunga telur tersebut. Tapi, sepupu mawar nie nak buat kelainan sikit. Bunga telur tetap ada, tetapi akan dibagikan kepada wanita-wanita Marhaban sahaja. Jadi untuk tetamu yang lain-lain akan dibagi telur didalam uncang dan duit kertas dan akan dimasukkan kedalam goddies bag. 

Can u imagine it when uncang telur di letak sekali dengan duit kertas. Nak buat macam mana eh? Takpe kita buat dia, bukan kita yang buat dia. So, lets do it.... 1, 2, 3 go!!!!


Dalam fikiran hanya ingin membuat bentuk Love. So, ini design yang ditunjuk ajar oleh adik lelaki mawar. Tapi dalam hati rasa macam semacam je bentuk hati ini. So, just ignore and just do it sebab mawar pun bukan reti benor nak membuatnya.


Bila ada one day kakak sepupu mawar datang rumah mawar, dia rasa macam pelik jer dengan design hati yang kami buat tue. Sebab dia rasa dia pernah nampak anak dia buat dan macam lain bentuknya dari yang kami punya. So, kami suruh anak dia tunjuk. Dan ini adalah bentuk yang sebenar. Baru mawar rasa macam cantik jer.

Cadangan Rekaan

Bila dah buat tue makin lama makin seronok la pulak. Memang tak berhenti nak buat. Tidak kira lepas balik kerja sementara nak ke stall burger sempat lagi curik masa.


Dan disini juga, sempat. Tengok tue, kusyuk jer awek tue buat.

Adoi buruknyer my stall burger tue. Ayah, bila mau make makeover kedai akak???
  
Inilah hasilya. Ada rasa macam pelik tak? hehehe.... Anyways, mawar puas hati jgk lah. Janji owner takde cakap apa-apa, kira ok lah tue kan.


Selamat Mencuba.



Note : Sambil buat, sambil cakap sorang-sorang dorang kahwin aku pun prepare goodies bag, time anak dorang cukur jambul pun aku prepare goddies bag jugak. Sepupu-sepupu ramai yang sudah kahwin, nanti time aku siapa nak tolong?? Mama aku terus jawab "buat sendiri lah kak" sambil senyum kat aku. hehehe...

Wednesday, May 16, 2012

Ben Ashaari dan My Twitter

Assalamu’alaikum! & Greeting!...

a moment ago, i'm opened my twitter account and i saw this!!!


Maaf yer gambar tak bape nak clear...


Apa lagi, i'm so excited lah. I did not expect the famous blogger like Ben Ashaari will follow me back on twitter. Anyways, thanks very much Abg Ben. 

And also thanks for this!!!


You are my second follower at the time. Although, at the time my blog still too new and boleh dikatakkan tiada isi in my blog but his want to add me. Thanks again. Now, my blog still not make people interested. However, i'll not stop to write on my blog.

So, let follow me too at my twitter @itmemawarputih

And also thanks for all my follower yang telah add my blog. I very appreciate that.. So, sebagai tanda penghargaan at here i want to share them link to uols. 


# no disusun mengikut angka yg mereka add. Tak banyak pun my followers.

Selamat Hari Guru

Sumber Gambar : Google

SELAMAT HARI GURU / HAPPY TEACHERS DAY  kepada guru-guru di seluruh Malaysia especially buat guru-guru yang pernah mengajar saya dulu. Jasa mu akan sentiasa ku kenang...

Tuesday, May 15, 2012

Mirror Of My Heart : Miss You

Walaupun telah lama berlalu kenangan itu, tetapi ia masih segar lagi di dalam ingatan aku hingga ke saat ini. Adakah kau disana begitu juga. Aku disini masih tertanya-tanya adakah segala yang pernah kita lalui saat itu adalah salah satu persinggahan untuk kau melupakanya. Aku disini masih tercari-cari jawapan itu. Hati aku sungguh terkilan begitu mudah kau berlalu dan terus hilang entah kemana. Bukan aku menolak kau begitu saja tanpa sebarang alasan. Tetapi kau tidak pernah tahu disebaliknya..... 


        Gambar From Googles



Friday, May 11, 2012

Who Says Girl Can't

Assalamu’alaikum! & Greeting!...

Seperti yang uols tahu Mawar sekarang buat part-time bisness burger. Rasa pelik tak bila girl masak burger. Sudah pastinyer uols semua akan terbayangkan, ouch.... tangan i akan melecur terpercik minyak, baju i akan bau burger, baju i akan kotor terpercik minyak. Oh, tidak!!!!! hahaha... sure punya kebanyakan girl akan terfikir soal itu. Tetapi, zaman sekarang kebanyakkan girl juga sudah berani untuk buat semua itu dan suka benda yang mencabar termasuk Mawar. Memang tidak dinafikan tanggapan orang terhadap Mawar sangat rendah bila berniaga burger diwarung yang agak usang. Tetapi Mawar sedikit tidak peduli akan tanggapan orang lain terhadap apa yang Mawar buat apa yang penting ini ada peluang untuk Mawar mencari pendapatan lebih. Mungkin cara yang Mawar buat sekarang agak berat dan boleh menjatuhkan imej keperempuanan Mawar. Erk... Tetapi itu mungkin hanya sesetengah pendapat sajalah. Sementara ada peluang, Mawar amik peluang ini, kerana Mawar juga telah mempunyai pengalaman berniaga burger sebelum Mawar masuk belajar dulu.

Warung burger yang dulu adalah bisness sampingan family kami. Ia dibina untuk Mawar dan adik  lelaki Mawar berniaga untuk mengelakkan kami membuang masa dengan benda yang tidak berfaedah. Memang secara kasarnya berbunyi seolah-olah Ayah kami mendera dengan mengambil kesempatan dan menguna anaknya untuk mengaut keuntungan. Tetapi pada Mawar ia salah sama sekali. Pada Mawar ini adalah salah satu cara mengajar kami untuk lebih mengenal erti susah untuk mencari duit. Kalau diikutkan pada waktu itu Ayah masih mempunyai kerja tetap dan mampu menyara kami sekeluarga dengan hasil pendapatanya. Apapun tidak salah rasanya jika seseorang anak itu membantu menambah pendapatan keluarga, lagipun Ayah Mawar juga banyak juga membantu bersama-sama. 

Tetapi, sekarang Mawar berniaga sendiri dan juga turut dikongsi oleh rakan Mawar. Memang agak penat  sebab pagi kami berkerja seperti orang lain. Pada mulanya kami juga rasa tidak beberapa suka dengan bisness ini kerana berniaga burger boleh dikatakan agak beratlah kerjanyer dan perlu bergelumung dengan peluh dan kotor bila sessi mengemas barang. Tetapi bila difikir-fikir balik bisness ini mudah tidak memerlukan modal yang banyak dan tidak perlu berjumpa dengan orang. Hanya tunggu orang datang beli dan cuba memperbaiki masakan kami. Awosome kan? Hahaha... tak kisahlah apa-apa, yang penting sekiranya kita pernah gagal dalam sesuatu sebelum ini tidak semestinya kita hendak gagal selama-lamanya ..... eh, macam sudah lari tajuk sahaja???

Inilah rupanyer bila girl masak burger. Comey x???


Wednesday, May 9, 2012

Wordless Wednesday #2



Justin Bieber - Boyfriend 

The music video Boyfriend by Justin Bieber's has set a new record on YouTube, logging over 8 million views within 24 hours of being made available for streaming to Bieber's fans. Great!!! 

Tuesday, May 8, 2012

5 Sifat Wanita Yang Membuatkan Lelaki Berubah Menjadi Tidak Akan Serius

Assalamualaikum/Good Day,

Kebanyakkan wanita selalu meletakkan sesuatu kesalahan dalam sesebuah perhubungan pada sang lelaki sahaja . Tetapi sang wanita juga pasti ada silap dan salahnya mengapa dia tidak boleh serius atau kekal dengan kamu. Tapi jangan salah sangka yer wanita-wanita diluar sana, tujuan Mawar buat entry nie bukan nak menyokong lelaki ataupun mengata wanita sedangkan Mawar sendiri juga wanita. Ia, adalah sebagai untuk memberi kesedaran kepada kita untuk memperbetulkan kesalahan kita yang tidak kita sedari sebelum terlambat. Betul tak? Disamping itu juga dapat memberi kesejahteraan dalam sesebuah perhubungan itu. Tetapi, sesebuah perhubungan itu perlu mempunyai sifat toleransi juga. Jangan hanya pandai mempertikaikan kesalahan pasanganya sahaja padahal diri sendiri juga membuat salah. Betul tak? So, let we check apa sifat-sifat wanita yang membuatkan lelaki tidak serius kepada wanita?

1. SEPERTI IBU


Add caption
 Lelaki sememangnya tidak suka kehidupan yang diatur apatah lagi kamu bertindak seperti ibunya. Tambahan pula kamu ini yang jenis mendesak ataupun memaksa. Bagi mereka, cukup seorang sahaja yang boleh memberi mereka peraturan iaitu ibu mereka.  Jadi, kalau kamu terus-menerus menentukan waktu pulangnya dari kerja, makanan apa yang boleh dimakan dan yang paling teruk dengan siapa saja mereka boleh berkawan denganya, kamu sudah melampau. Si dia pasti akan mundur daripada hubungan .


2. Anti Diet

Wah , besar ko nok highlight yang kedua nie? ( alamak!!! ini pun tersenarai jugak ker?? takutnyer!!!) Huh??? Lelaki memang suka wanita yang menjaga penampilan dan juga berkeyakinan. Walau bagaimanapun bentuk badan kamu di hadapan mata lelaki. mereka tidak kisah jika hati sudah berkata sayang. Namun, itu tidak bermakna kamu boleh tampil selekeh ataupun biarkan badan semakin membesar di hadapanya. Jagalah penampilan dan sentiasa jadi diri kamu yang sebenar apabila berada di dalam perhubungan. (Ok, Noted) :)


3. Drama Queen

 
Yang seperti watak dalam drama di televisyen tue. Pasti kamu ramai juga yang besikap begitu di hadapannya. Jangan terlalu berdrama dihadapan orang yang disayangi. Jadi diri sendiri kamu lebih bagus kerana sampai bila kamu mahu berlakon 'bagus' di depannya. Pastikan tanya soalan ini pada diri kamu :
"Mengapa mahu jadi seseorang yang palsu sedangkan jadi diri sendiri tidak mengunakan satu sen pun".


4.  Mudah Memberi


That mean , apa sahaja yang si dia minta dengan mudah kamu tunaikan. Memanglah bila dah sayang , segala yang tak boleh jadi boleh dan segala yang malas boleh jadi rajin. Namun , jika si dia tidak serius dengan kamu, janganlah kamu terlalu senang memberi padanya. Nak tolong pun ada hadnya. Jika kamu terlalu memberi sedangkan dia tidak mengeluarkan sedikit usaha pun untuk menolong kami juga, itu dah jadi si dia pentingkan diri sendiri.


So , apa kata lepas ini kita betulkan segala kesalahan kita bersama-sama. Tetapi biarlah bertempat. Kalau hanya kita sahaja yang berubah tetapi pasangan kita lebih teruk baik fikir jalan lain. hehehe....

Monday, May 7, 2012

1 Thing I Will Never Forget

Assalamualaikum/Good Day,

Blog Mawar nie sudah sememangnya tiada follower tetap lagilah dengan tak update langsung buat orang bosan. Anyways, xpe lagipun blog Mawar ini just for fun for me. Aktiviti harian seperti biasa pada sebelah siang bekerja dan pada belah malam berniaga burger. Selama Mawar tak update blog nie macam-macam berlaku pada family Mawar. Pertama kawan sepermainan Mawar masa kecik-kecik dulu telah kembali kerahmatullah selepas hampir 3 bulan koma akibat accident. Sangat sedih sebab tak sempat untuk melawat dia sekali lagi dihospital. Mawr hanya sempat melawat masa mula-mula dia masuk hospital. Bila hadir dimajlis perkebumianya juga Mawar tidak sempat menatap wajahnya untuk kali terakhir. Sangat-sangat terkilan. Apa yang Mawar mampu hanya untuk berdoa agar dia ditempat digolongan orang-orang yang beriman. Amin... 

Dua hari selepas itu Mawar dan family dikejutkan dengan berita kemalangan adik last Mawar. Tapi, alhamdullilah Allah swt masih memberikan peluang untuk kami satu family masih lagi bersama-sama adik last Mawar. Tetapi adik Mawar juga mempunyai kecederaan yang boleh dikatakan serius jgk, kaki di bahagian peha patah dan masuk plat besi. Hurm... memang sedih rasanya bila adik Mawar mengalami semua itu. Sekarang adik Mawar masih dalam proses pemulihan dan juga sudah balik ke rumah. Dan Mawar berharap supaya adik Mawar cepat sembuh. Dan Mawar berharap jugak , Mawar dapat terus aktif menulis blog Mawar yang tidak seberapa ini.