Monday, October 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum and Hello Everyone...


Hari nie aku cuti dah alang-alang esok cuti raya jadi teruskan cuti sampai esok. Sekarang aku berada kat kampung kawan aku jadi aku beraya kat kampung kawan aku memandangkan aku takde kampung sebab aku dah memang duk kat kampung jadi aku ikut orang lain balik kampung. Ngee... Kawan aku ni memang duduk kat rumah family aku dah hampir 6 tahun kira dah macam adik-beradik angkatlah. Kampung dia kat perak. Jadi beraya di Peraklah keme. 


Jadi dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua dan selamat bercuti kepada semua juga...


Gambar dari sumber carian Google




Terima kasih sudi baca...

Friday, October 11, 2013

Victoria Secret Collections

Assalamualaikum and hello everyone...



 

Sekali aku beli 1 set terus. Aku bukanlah penguna setia produk Victoria Secret atau mana-mana high brand ni, aku just pakai product biasa-biasa je mengikut budjet yang aku ada. Mesti ramai girl-girl cantik kat luar sana suka dengan produk VS especially fragrance mistnya. Betul tak?

Mula-mula aku pakai body mist VS ni dalam 6 tahun lepas, ha lama kau. Itupun kawan yang bagi, kakak dia pramugari jadi senanglah dia nak dapat memandangkan dulu produk VS ni takde jual kat Malaysia. Kalau nak beli kenalah kirim dekat akak-akak pramugari atau beli online. Tak lama tue produk VS ni dah ada jual kat Malaysia jugak akhirnya. Tapi dia jual kat KLIA. Kalau nak ke Sepang tue semata-mata nak pi beli body mist memang tak lah kan. Jadi, belilah body mist yang lain jer kan. Sekali tu je lah pengalaman aku pakai body mist VS. Kesian kan...

Tapi sekarang ni VS dah bukak outlet sendiri. Ha, kan senang kita nak dapatkan produk VS nie. So, bila budjet dah ada so anytime aku boleh beli. So, paling senang aku pergi beli kat One Utama je lah. Tak silap aku first outlet dorang bukak dekat Pavillion, lepas tu One Utama Shopping Centre, Johor Premium Outlet (JPO), dan terbaru The Curve. Penang Airport juga ada store VS ni. VS juga dalam perancangan nak bukak outlet di Penang shopping complex, tapi aku tak tahu dah ada atau belum.

Mula-mula aku jejak ke VS One Utama aku beli set yang bawah ni. Dalam dia ada Perfum, Body Wash dan Lotion. Harga dia RM131.00.




Yang terbaru bulan lepas aku pergi lagi, asal nak teman adik aku je last-last aku pun beli jugak dengan alasan nak cukupkan item nak dapat harga murah. Untuk yang set VS Fantasies ni ada promotion boleh campur-campur wangian dan jenis. Semua jenis harga sama. Beli 1 harga RM53.00, beli 2 RM106.00, beli 3 RM129.00, beli 5 RM189.00. Jadi kitaorang decide beli 5. So, dah save RM76.00. Aku punya 2 juga yang lebih adik aku punya. Aku cukupkan mana yang tak cukup hari aku beli. hahahaha....


Ini item yang aku share dengan adik aku. Aku punya 2 jer.

Adik aku ada juga beli Love Spell Body Mist sama macam aku, bila time masing-masing pakai masing-masing akan bukak mulut "eh, akak pakai Lina punya eh??" tak pun "eh, ko pakai akak puya eh??" Perangai kitaorang macam tuelah sape-sape beli produk baru time tue jugak salah sorang akan beli juga lepasnya dari kecik sampai lah dah tua bangka ni. hahahaha....





*** Terima kasih sudi baca...
NOTA : Kebiasaanya bila beli produk mahal-mahal nak beli kali kedua mesti selalu akan fikir 2 3 kali. Hahahaha...