Monday, October 7, 2013

Bila Orang Mempersoalkan Soal Kahwin

Assalamualaikum and Hello Everyone....


Hurm... mula-mula entri je aku dah mengeluh nampak. Macam berat benor je masalah aku nie. Kenyataanya memang berat uols. Kalau time-time weekend jer biasalah banyak kenduri kahwin, nak-nak bila nak hujung tahun ni. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu. Tapi aku tak ler, sbb aku tak ramai kawan. Tapi citer tuk mama aku lah. Yang asyik pergi rumah kenduri kahwin anak orang tapi anak-anak dia tak kahwin-kahwin lagi. Acaner tu? Asal balik dari kenduri kahwin jer, mama aku mesti akan citer pasal kawan-kawan dia dan orang-orang kampung bertanya. Soalan yang biasa dorang akan tanya dekat mama aku biasalah "bila ko menantu Su?" HURMMM.... Soalan ini juga biasa akan kedengaran bila time Hari Raya.


Selagi aku tak kawen bermakna parent aku memang belum lagi buat majlis kahwin. Seperti yang sesetengah orang tahu, aku kan anak sulung pluss anak dara tua pulak tue. Hurmm... Bila aku fikir-fikir balik, memang aku boleh buat tak endah apa orang nak kata. Tapi macamna dengan Mama dan Ayah aku? Sampai bila dorang nak berhadapan dengan orang yang mempersoalkan tentang anak-anak mereka tak kahwin-kahwin ni.


Tak tahu aku nak cakap kat uols, kenapa sampai sekarang aku masih tak kawen lagi. Lebih kurang 2 tahun aku nak masuk ke kategori 3 series. Tipulah kalau aku cakap aku taknak kawen dan ada family sendiri. Bila tengok kawan-kawan yang sebaya dengan aku, boleh dikatakan ramai yang dah kawen yang sudah ada anak 3 pun ada. Kadang-kadang aku terfikir, apa yang aku cari dan apa yang saya nak untuk hidup aku ni?? Ada tak sesiapa yang mengalami situasi sama macam aku ni???





NOTE : Penat nak bercinta-cinta ni, tunggu orang masuk meminang jer...

2 comments:

  1. Kalau diri sndiri ok lagi...tp bila cmpur family..xsenang duduk aih.. Jodoh itu rnsia. Sabaq n mari tabahkan hti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tue... hanya mampu bersabar :)

      Delete