Wednesday, December 28, 2011

Manfaat Lemon Untuk Kecantikan

Assalamu’alaikum! & Greeting!...



Sumber Gambar - Googles Search


Sudah pastinya ramai yang kenal dengan buah lemon dan pasti juga ramai yang tahu akan khasiatnya buah lemon ini. Untuk entri kali ini Mawar juga nak share sikit manfaat lemon kepada kita untuk kecantikan, walaupun ada diantara anda semua ada yang sudah mengetahuinya. Disini Mawar nak share 3 cara rawatan yang anda boleh buat sendiri dirumah. Selain menjimatkan masa, ia juga menjimatkan duit anda. Let try =)


1. Mencerahkan Kuku Tangan dan Kaki

Caranya : Sediakan sebiji buah lemon, potong menjadi dua bahagian, ambil airnya dengan cara perahan.  (untuk mendapat air yang banyak, sebelum potong gelekkan buah lemon dipermukaan rata dengan mengunakan tangan terlebih dahulu. Ala, seperti chef2 selalu buat tue) Campurkan 2 sudu air lemon (yang telah diperah tadi) dengan 1 sudu ubat gigi ke dalam mangkuk lalu campurkanya hingga ubat gigi larut dengan air lemon. Setelah itu sapukan pada kuku tangan perlahan-lahan. Setelah itu biarkan selama 1 minit dan bilas dengan air suam. Lalu sapukan kuku tangan dan kaki dengan losyen badan untu melembapkanya.
Manfaatnya : Kuku akan sentiasa kelihatan bersih dan nampak cerah.

2. Pelembut Kaki

Caranya : Siapkan sebuah bekas kecil dan isikan dengan 6 gelas air suam, 3 cawan air perahan lemon (yang ini memerlukan banyak lemon), 1 cawan susu, 2 sudu serbuk kayu manis. Lalu campurkan bahan-bahan tersebut hingga rata dan rendam kedua-dua kaki anda sambil digosokkan dengan batu (batu apa? batu lesung ker?) selama 15 minit. Setelah itu bilas dengan air suam dan keringkan. Lakukan paling kurang seminggu sekali.
Manfaatnya : Melembutkan tapak kaki dan sekali gus mematikan kuman-kuman yang terlekat dikaki.

3. Menyihatkan Rambut 

Caranya : Dengan bantuan sikat, sapukan perahan air lemon. Setelah itu, jemur rambut dibawah sinar matahari, (seelok-elok matahari pagi diantara 9.00-9.30 pagi) tetapi jangan lupa gunakan krim sun block sebelum berjemur supaya kulit anda tak terbakar. (kalau sesiapa yang suka berjemur ditepi pantai elok sebelum berjemur eloklah sapukan lemon dirambut terlebih dahulu) Sinaran matahari membantu perahan air limau untuk mencantikan rambut. Setelah itu bilas rambut seperti biasa dengan mengunakan perapi, lalu keringkan.
Manfaatnya : Rambut akan lebih bersinar, berseri dan bertenaga.

Setakat ini Mawar sudah mengamalkan rawatan 1 dan 2, dan hasilnya sangat memuaskan. Untuk yg ke3 Mawar belum sempat mencuba, sbb bila bangun waktu weekly matahari tak keluar lagi, bila bangun waktu weekend matahari da terik. hehehe... (peringatan sekiranya bahan-bahan tersebut tidak serasi dengan anda, jangan teruskan)

Selamat mencuba =)

*Sumber dari Majalah Remaja





Note : Terima kasih kerana sudi membaca dan ketemu lagi...

Sunday, December 25, 2011

Mistletoe - Justin Bieber

Merry Christmas and Happy Holiday!!!


Let enjoy with this song =)



Saturday, December 24, 2011

Help Me

Assalamu’alaikum! & Greeting!...

Attention everyone!!! Testing2x... (sambil mengetuk microphone) Stop!!!!!!!!!!!! (sambil mengangkat tangan) Sila amik perhatian semua, saya nak buat keluhan. (mengada2nyer ko nok nak buat luahan kat public) adoi!!! (sambil, mengetuk dahiye, x ye jgk eh... Hehehe, bukan apa saja jer Mawar nak mengeluh manja sikit. Mengeluh pasal pe?? takdalah masalah berat sangat, cuma pening dan kurang fahaman dengan cara nak menguna blog nie dan application2 yang ada di blog nie. (itulah ko nok orang berblog2, ko pun sibuk nak berblog2 jgk) Sungguh complicated, tak tahu Mawar nak mengaplikasikan ditambah pulak Mawar nie agak kurang sikit dengan segala pengunaan web yang memerlukan link and connect-mengconnet nie. (eh, betulker ayat aku nie??Kalau setakat berfb, bertwet2, berchating2, mengesearch2 blog gosip2 tue bolehlah... Bila tengok blog-blog yang lain-lain seronok jer. Cantik2, kreatif2 sungguh anda semua. Tapi, bila Mawar lawat blog2 kawan semua ada jugak yang bagi tutorial bagi untuk mencantikkan lagi blog. Anyway thanks, nanti pelan2 Mawar applikasikanya. Di kesempatan ini jugak Mawar nak mengucapkan selamat bercuti kepada semua. Isilah masa cuti anda dengan benda-benda yang berfaedah .... 


Friday, December 23, 2011

Welcome To My Blog

Assalamu’alaikum! & Greeting!...

Saya sudah ada blog sendiri??? Yeah3x... (perlu ke nak happy sgt nok) hehehe... Of coz lah happy, sebab sebelum ini saya hanya 'Silent Reader' kepada blogger2 yang sediaada dan yang tersohor. (Eh, tapi bukan hendak menyibuk hal orang lain eh...) just hendak support korang2 semua. Seronok jer baca blog2 korang semua, macam2 ada. Yang paling best kreatif2 semua blogger2 yang sediada. Salute lah korang..
Tujuan utama saya buat blog ini sebab nak jadikan blog saya ini tempat untuk saya hilangkan rasa stress bila time kerja atau selepas kerja dan juga untuk menambah2kan kawan. Sebab saya baru sedar yang saya takde ramai kawan. Kawan yang sediada sudah mempunyai kehidupan masing2. Almaklumlah, umur sudah lanjut macam saya ini sepatutnya sudah sibuk menguruskan keluarga sendiri, ini tidak saya sibuk saja menguruskan diri sendiri yang terurus2... huhuhu...
Anyway, salam perkenalan kepada blogger2 yang sediada dan kepada sesiapa yang minat membaca blog. Sudi2lah singgah diblog saya yang tidak seberapa ini... Salah dan silap berilah tunjuk ajar.