Tuesday, October 8, 2013

Perginya Kucingku Seekor Demi Seekor

Assalamualaikum and Hello Everyone...


Semalam mood aku marah, tapi harinie mood aku sedihlah harinie. Aku baru cadang nak buat entri pasal pengalaman aku dulu yang takut kucing, dah ada pun dalam draft cuma nak touch up sikit sebelum nak publish tapi rasa sedih pulak. Jadi aku buat entri nie tuk luahan rasa sedih aku nie.

Ia, memang dulu aku takutkan kucing, tapi ada sebab yang kenapa tiba-tiba aku hilang rasa takut tue. Nanti aku cerita dekat entri lain. Tapi sedar tak sedar aku dah beli hampir 15 ekor kucing. Tapi yang aku sedih ni sebab aku baru nak mula belajar nak menjaga kucing tah kenapa sejak dari minggu lepas kucing aku mati seekor demi seekor. Pagi tadi mati seekor. Jumlah sekarang 3 ekor kucing aku mati 3 ekor dalam masa 3 hari. Sedih giler...

 
Kalau diikutkan Mama aku suruh buang kucing-kucing tu sebab dah terlampau banyak sangat. Tapi aku dengan rela hati nak jaga kucing-kucing tue. Pagi-pagi sebelum pergi kerja settlekan kucing dulu balik-balik kerja pun terus pergi settlekan kucing dulu tapi bila jadi macamnie buat aku rasa sedih plak. Kucing-kucing aku tue takde pulak tunjuk yang dia sakit, cuma sebelum dorang nak mati dorang memang rasa macam tak selera makan dan diam jer. Aku ingat demam biasa je, sekali esoknya terus mati. Pelik aku. Sebelum-sebelum ni aku ada jugak beli kucing tapi ada yang dah buang takda pulak pernah sakit. Sihat jer. Pening aku memikirkan, nak bawa ke klinik kos tinggi. Sekarang ada lagi 2 ekor yang tengok macam sakit jer. Tak tahulah macamna dorang kat rumah nie, macam tak sabar je nak balik nak tengok keadaan dorang yang masih ada tu...

 
Adakah disebabkan aku selalu cakap dekat dorang aku nak buang. Kesudahanya dorang pergi. Sedihnyer..  




NOTA : Perasaan bercampur baur, rasa sedih dan rasa bersalah. Tapi aku dah berusaha menjaga dorang sebaik mungkin. RIP Monkey, Ciko, Itam... 

2 comments:

  1. Baru jer semalam famili saya sembang pasal nie...
    hari nie jumpa blog awak ... tahniah atas penerangan yg
    bermanafaat nie..

    Here is my web blog :: Rahsia Hebat Diranjang

    ReplyDelete