Welcome 2013


Assalamu’alaikum! & Greeting!...


First entri on 2013...

Alhamdullilah, Mawar masih lagi bernafas sehingga ke hari ini. Masih lagi boleh menaip entri di blog Mawar ini dan masih lagi diberi peluang lagi untuk memperbaiki kelemahan yang ada di dalam diri Mawar ini, walaupun azam tahun lepas masih lagi belum dapat dicapai. 

Sebenarnya, Mawar tiada azam pada tiap-tiap tahun baru menjelang. Bukan sebab Mawar ini tiada cita-cita atau wawasan. Cuma Mawar taknak terlalu mengejar azam itu, dan akan terlalu kecewa sekiranya tidak dapat mencapai azam itu. Tetapi hanya mempunyai satu saja azam yang tidak berubah pada tiap-tiap tahun iaitu untuk membuat yang lebih baik dari tahu sebelumnya. So, bila dah tanamkan azam tue, barulah kita boleh mencapai segala-galanya. 

Untuk azam nak beli sesuatu pada tiap-tiap tahun itu mesti ada, iyelah family Mawar bukanlah orang senang nak main mintak-mintak jer. So, kena usaha sendiri. Tapi, selalunya memang tak dapat nak mencapai dek kerana sikap boros Mawar yang tak pernah nak hilang di dalam diri Mawar ini. So, untuk tahun ini sebelum Mawar berazam nak beli sesuatu Mawar haruslah buang sikap boros Mawar itu terdahulu. So, azam Mawar pada tahun ini selain ingin membuat lebih baik dari tahun sebelumnya kedua Mawar nak berubah menjadi seorang yang berjimat cermat. Bila sudah tanamkan kedua-dua azam ini barulah boleh kita beli apa yang kita iginkan. Amin…

Azam Mawar untuk blog Mawar pulak, hopefully tahun nie Mawar akan banyak membuat entri dan lebih rajin menjenguk ke blog rakan-rakan blogger. Amin...


So, apa azam uols pada tahun ini??? 

Selamat Tahun Baru & Happy New Year !!!

Welcome 2013

Picture From Google Search

1 comment: