Uncang Telur

Assalamu’alaikum! & Greeting!...

Ahad lepas, diadakan majlis cukur rambut anak mawar. Eh.... bukan2, anak sepupu mawar lah. Kira anak sedara mawar lah kan. Bila dah dengar majlis cukur rambut ofcoz lah ada buat kenduri. So, bila dah dengar kenduri ofcoz ada gotong-royong. Tapi bukan gotong-royong bersih2 kan surau atau padang tue, ofcoz lah gotong-royong untuk kenduri tue lah. Eh, apalah aku merepek nie. Tapi apa kena mengena mawar cerita kat uols kan.

Hurm... Sebenarnya bukan tujuan sebenar mawar nak cerita pasal cukur rambut anak sedara mawar tue, tapi mawar nak cerita kat uols untuk majlis nie sepupu mawar mintak mawar buat part hias beg uncang telur. Kebiasanya, bila majlis cukur rambut sudah pastinya akan ada bunga telur dan akan disertakan dengan bungkusan duit syiling di bunga telur tersebut. Tapi, sepupu mawar nie nak buat kelainan sikit. Bunga telur tetap ada, tetapi akan dibagikan kepada wanita-wanita Marhaban sahaja. Jadi untuk tetamu yang lain-lain akan dibagi telur didalam uncang dan duit kertas dan akan dimasukkan kedalam goddies bag. 

Can u imagine it when uncang telur di letak sekali dengan duit kertas. Nak buat macam mana eh? Takpe kita buat dia, bukan kita yang buat dia. So, lets do it.... 1, 2, 3 go!!!!


Dalam fikiran hanya ingin membuat bentuk Love. So, ini design yang ditunjuk ajar oleh adik lelaki mawar. Tapi dalam hati rasa macam semacam je bentuk hati ini. So, just ignore and just do it sebab mawar pun bukan reti benor nak membuatnya.


Bila ada one day kakak sepupu mawar datang rumah mawar, dia rasa macam pelik jer dengan design hati yang kami buat tue. Sebab dia rasa dia pernah nampak anak dia buat dan macam lain bentuknya dari yang kami punya. So, kami suruh anak dia tunjuk. Dan ini adalah bentuk yang sebenar. Baru mawar rasa macam cantik jer.

Cadangan Rekaan

Bila dah buat tue makin lama makin seronok la pulak. Memang tak berhenti nak buat. Tidak kira lepas balik kerja sementara nak ke stall burger sempat lagi curik masa.


Dan disini juga, sempat. Tengok tue, kusyuk jer awek tue buat.

Adoi buruknyer my stall burger tue. Ayah, bila mau make makeover kedai akak???
  
Inilah hasilya. Ada rasa macam pelik tak? hehehe.... Anyways, mawar puas hati jgk lah. Janji owner takde cakap apa-apa, kira ok lah tue kan.


Selamat Mencuba.



Note : Sambil buat, sambil cakap sorang-sorang dorang kahwin aku pun prepare goodies bag, time anak dorang cukur jambul pun aku prepare goddies bag jugak. Sepupu-sepupu ramai yang sudah kahwin, nanti time aku siapa nak tolong?? Mama aku terus jawab "buat sendiri lah kak" sambil senyum kat aku. hehehe...

No comments:

Post a Comment