Assalamu’alaikum! & Greeting!...
Sejak adik Mawar dalam proses pemulihan selepas mengalami kemalangan, stall burger kami hanya dibuka pada sebelah malam sahaja. Kalau sebelum ini ia dibuka dari petang hingga malam. Selain itu juga kami akan berniaga air. Macam air teh o, kopi o, teh tarik, nescafe tarik dan lain-lain lagi lah. Tetapi sekarang ini kami telah menyerahkan buat sementara membuat air kepada peniaga lain yang turut berniaga bersama kami juga. Kalau sebelum ini Mawar nak ponteng berniaga agak susah, sebab kena ikut jadual waktu berniaga mak cik tue. Dah tentulah pelanggan yang makan makanan mak cik tue mesti nak air kan. So bila dah berhenti sekejap buat air rasa seronok pulak nak cuti ikut suka hati Mawar. hehehe.... tapi, bila fikir-fikir balik rasa sayang pulak kalau plan nak cuti. Duit tue...

Yang tak bape nak bestnya bila Mawar dan kawan Mawar saja yang handle agak kelam-kabut dan letih sangat-sangat. Sebelum ini Mawar akan ambil shift jaga stall dalm pukul 8.30 malam. Tapi sekarang ini balik saja dari kerja terus siap-siap bukak stall. Kadang-kadang sampai tak sempat nak mandi. hehehe... shhhhh... jangan bagitahu orang lain tau. Kebiasaanya kami akan sampai rumah lambat lambat juga kerana kawan Mawar kerja di KL dan Mawar di Shah Alam stall kami pula di Meru. Jauhkan... memang rushing2x lah. Tapi, kadang-kadang kawan Mawar akan duduk kat opis branch dia di Shah Alam. So, time tue bolehlah bukak awal sikit.
Gambar Pencarian Google Search |
Masa adik Mawar mengalami kemalangan, stall kami tutup selama seminggu. Pada waktu langsung tak peduli lansung soal pelanggan lari yang penting adik nak tunggu sampai adik Mawar balik rumah. Seminggu selepas tue baru adik Mawar balik dan kami pun mula bukak stall kami. Dan tak disangka hari pertama buka selepas dari cuti alhamdullilah, masih ada pelanggan kami dan paling bersyukur sangat penampakkan penambahan pelanggan pada waktu malam. Kalau sebelum ini bila kami amik shift jaga malam agak berbeza daripada sekarang sehinggakan ada pelanggan yang selama seminggu beli burger di stall kami. Terima kasih. Terima kasih kepada Allah SWT diatas rezeki yang engkau berikan kepada kami dan kami berharap ia akan berterusan.
No comments:
Post a Comment