5 Sifat Wanita Yang Membuatkan Lelaki Berubah Menjadi Tidak Akan Serius

Assalamualaikum/Good Day,

Kebanyakkan wanita selalu meletakkan sesuatu kesalahan dalam sesebuah perhubungan pada sang lelaki sahaja . Tetapi sang wanita juga pasti ada silap dan salahnya mengapa dia tidak boleh serius atau kekal dengan kamu. Tapi jangan salah sangka yer wanita-wanita diluar sana, tujuan Mawar buat entry nie bukan nak menyokong lelaki ataupun mengata wanita sedangkan Mawar sendiri juga wanita. Ia, adalah sebagai untuk memberi kesedaran kepada kita untuk memperbetulkan kesalahan kita yang tidak kita sedari sebelum terlambat. Betul tak? Disamping itu juga dapat memberi kesejahteraan dalam sesebuah perhubungan itu. Tetapi, sesebuah perhubungan itu perlu mempunyai sifat toleransi juga. Jangan hanya pandai mempertikaikan kesalahan pasanganya sahaja padahal diri sendiri juga membuat salah. Betul tak? So, let we check apa sifat-sifat wanita yang membuatkan lelaki tidak serius kepada wanita?

1. SEPERTI IBU


Add caption
 Lelaki sememangnya tidak suka kehidupan yang diatur apatah lagi kamu bertindak seperti ibunya. Tambahan pula kamu ini yang jenis mendesak ataupun memaksa. Bagi mereka, cukup seorang sahaja yang boleh memberi mereka peraturan iaitu ibu mereka.  Jadi, kalau kamu terus-menerus menentukan waktu pulangnya dari kerja, makanan apa yang boleh dimakan dan yang paling teruk dengan siapa saja mereka boleh berkawan denganya, kamu sudah melampau. Si dia pasti akan mundur daripada hubungan .


2. Anti Diet

Wah , besar ko nok highlight yang kedua nie? ( alamak!!! ini pun tersenarai jugak ker?? takutnyer!!!) Huh??? Lelaki memang suka wanita yang menjaga penampilan dan juga berkeyakinan. Walau bagaimanapun bentuk badan kamu di hadapan mata lelaki. mereka tidak kisah jika hati sudah berkata sayang. Namun, itu tidak bermakna kamu boleh tampil selekeh ataupun biarkan badan semakin membesar di hadapanya. Jagalah penampilan dan sentiasa jadi diri kamu yang sebenar apabila berada di dalam perhubungan. (Ok, Noted) :)


3. Drama Queen

 
Yang seperti watak dalam drama di televisyen tue. Pasti kamu ramai juga yang besikap begitu di hadapannya. Jangan terlalu berdrama dihadapan orang yang disayangi. Jadi diri sendiri kamu lebih bagus kerana sampai bila kamu mahu berlakon 'bagus' di depannya. Pastikan tanya soalan ini pada diri kamu :
"Mengapa mahu jadi seseorang yang palsu sedangkan jadi diri sendiri tidak mengunakan satu sen pun".


4.  Mudah Memberi


That mean , apa sahaja yang si dia minta dengan mudah kamu tunaikan. Memanglah bila dah sayang , segala yang tak boleh jadi boleh dan segala yang malas boleh jadi rajin. Namun , jika si dia tidak serius dengan kamu, janganlah kamu terlalu senang memberi padanya. Nak tolong pun ada hadnya. Jika kamu terlalu memberi sedangkan dia tidak mengeluarkan sedikit usaha pun untuk menolong kami juga, itu dah jadi si dia pentingkan diri sendiri.


So , apa kata lepas ini kita betulkan segala kesalahan kita bersama-sama. Tetapi biarlah bertempat. Kalau hanya kita sahaja yang berubah tetapi pasangan kita lebih teruk baik fikir jalan lain. hehehe....

No comments:

Post a Comment