Monday, December 3, 2012

Adam & Hawa

Assalamu’alaikum! & Greeting!...


Gambar Carian Google

Hai semua!!! dah lama sungguh Mawar tak update blog Mawar ini. Rasanyer sudah hampir 2 minggu ditinggalkan begitu sahaja. Anyways, thanks to everyone yang telah singgah, follow ke blog Mawar dan tinggalkan komen. I will reply later ok.


Ok, hari ini Mawar nak cerita sikit kegemaran Mawar sekarang. Tapi, rasanya dah terlambat daripada semua orang iaitu drama Adam & Hawa. Sekarang ini telah sampai ke episod 56. Sudah semestinya ramai yang sudah lama sibuk dengan drama ini cuma Mawar jer yang baru sekarang nak sibuk-sibuk. Iye, betul. Sebab sebelum-sebelum bila semua sibuk dengan drama Adam & Hawa ini, Mawar langsung tidak mempedulikan dan tak pernah nak amik tahu. Salah satu sebab kat rumah Mawar takde Astro Beyond so takleh nak tengok drama ni Mustika HD dan xdelah Mawar nak amik tahu sangat kan.


Tetapi, hari demi hari semua orang sibuk bercerita tentang drama ini. Begitu juga di blog-blog, bila lepak dengan kawan-kawan semuanya asyik bercerita tentang drama Adam & Hawa. Jadi, Mawar rasa tertarik dan berminat sangat-sangat nak tengok drama Adam & Hawa ini. So, decide cari drama ini di on9, bila Mawar tengok1st episod barulah Mawar sedar kenapa drama ini mendapat sambutan yang hangat. Mawar baru tengok 1st episod pun dah buat jatuh cinta pada drama ini. Drama ini best sangat-sangat sweet jer. Satu drama yang boleh memotivasikan diri Mawar ini yang kuat berdendam dan susah nak lupakan sesorang yang sakitkan hati Mawar. Sebab tue sampai sekarang masih solo walaupun umur sudah digolongan emak orang. Kalau uols nak tahu sebab drama Adam & Hawa inilah Mawar sanggup ketepikan dulu blog Mawar. Terukkan. Sebab kat opis jer Mawar sempat nak tengok drama ini, bila kat rumah malam busy niaga burger. Uols tahu Mawar amik masa hanya 3 hari untuk tengok Drama ini dari episod 1 sampai episod 56. Hebat tak? Mampus kalau bos Mawar baca. hehehe...


Komen Mawar tentang pelakonya pula. Hurmm... Ok, first hero dia, Aaron Aziz. Mawar bukanlah peminat fanatik Aaron Aziz, tetapi Mawar memang suka sangat tengok lakonan dia. Watak yang dia lakonkan semuanya menjadi dan bagus. Mawar lebih suka dia melakonkan watak aksi, macam di filem KL Gangster. Bila Mawar layan drama Adam & Hawa ini, Mawar terus jadi minat giler la pulak kat si Aaron Aziz tue. Memegang watak sebagai Adam Mukriz, hurm... nama pun dah sedap. Sweet sangat dia dalam drama ini, sanggup bersabar menunggu cinta hatinya. Huh, sangat terharu.


Gambar Carian Google



Hurm... heroin pulak, Nadiya Nissa. Mawar pernah tengok dia berlakon di filem cun. Selepas-selepas tue Mawar tak pernah tengok lakonan dia. Dan tahu dia pernah menang award dan ramai yang mempertikaikan kemenangan beliau. Untuk drama Adam & Hawa ini ramai juga yang memberi komen yang negatif terhadap lakon beliau sebagai Ain. Tapi, komen Mawar pula Nadiya Nissa melakonkan watak Ain ini dengan baik dan bagus. Nadiya seorang pelakon yang sangat berbakat. Watak yang beliau bawa juga dapat membuatkan Mawar turut menangis time Ain menangis dan turut happy bila time Ain happy. Mawar akan tunggu lakonan Nadiya Nissa yang akan datang. Mawar rasa rupa bukanlah alasan untuk orang tidak menyukainya beliau. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing yang penting kebolehanya. So, hope uols semua dapat menilai bakatnya bukan hanya pada rupanya. Mawar rasa dia lawa apa. Sweet jer.


Kalau uols nak tengok cer klik link SINI




NOTE : Nie yang rasa nak tukar Astro Beyond cepat-cepat ni.

5 comments:

  1. yana tak tgk cerita nie ... hehehhh

    ReplyDelete
  2. Hebatnya ^_^ Tiga hari dah habis 56 episod...
    Wilma belum berkesempatan nak tengok habis...
    Baru tengok online sampai episod 5 ^_^

    ReplyDelete
  3. KA singgah baca dalam cuti2 mesia ni hehehe

    ReplyDelete
  4. selalu tengok online..tapi skrg stop da...
    hihii bizi je

    ReplyDelete
  5. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Terkadang yang membatasi diri Anda bukan ketidak mampuan dan kekurangan, melainkan dari kemauan Anda sendiri
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..

    ReplyDelete