Saya Tak Bogel



KUALA LUMPUR: “Saya bukan berbogel, tetapi jika ada pihak yang tersinggung cara pemakaian saya di Anugerah Blockbuster, Sabtu lalu, saya mohon maaf,” kata pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 27, mengulas isu pemakaiannya yang didakwa menyinggung perasaan segelintir masyarakat di negara ini.
Nabila dihubungi petang semalam menambah, dia tidak pernah menyangka gaun hitam rekaan Alia Bastaman, mendedahkan sebahagian bahu dan perutnya yang digayakan sewaktu menghadiri Anugerah Blockbucter anjuran Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan disiarkan di Astro Ria malam minggu lalu, menjadi berita hangat.

“Saya dipilih sebagai seorang penyampai trofi pada acara berkenaan dan untuk itu saya mendapatkan tajaan pakaian di saat akhir daripada Alia Bastaman. Tema malam itu adalah ‘letusan warna blok’, tetapi saya akhirnya memilih memakai gaun itu kerana ada beberapa koleksi pakaian Alia yang saya tidak sesuai dari segi saiz.

“Saya sedar ia sedikit terbuka pada bahagian bahu, perut dan terbelah di kaki namun, kerana saya menghormati penonton ketika ditugaskan menjadi penyampai saya menutup bahagian perut dengan ‘tube’ hitam.

“Terus-terang saya tidak menyangka hal ini menjadi isu kerana saya fikir ramai sedia maklum saya memang berani mencuba fesyen. Apapun saya sekali lagi memohon maaf dan berharap dapat memperbaiki penampilan saya pada masa akan datang. - Sumber Dari Harian Metro


Sumber gambar dari Harian Metro



Note : Inilah kenyataan yang telah dibuat oleh Nabila Huda mengenai isu yang sedang hangat diperkataan oleh semua orang mengenai pemakaianya di Anugerah Blockbuster. Pendapat Mawar mengenai Nabila seorang yang berani mencuba fesyen tue tak salah bahkan ia terpulang kepada individu itu sendiri but kalau dia bukan artis maybe orang sekeliling tak kisah kot. Nak buet camno mulut orang kita tak boleh nak tutup. (bukan tanda sokong tau. hehehe...)

1 comment:

  1. Bagi Wilma...Semuanya terpulang kepada Nabila Huda...Kalau dia kurang selesa dengan baju yang lain dan lebih selesa dengan baju yang dipakainya...So, biarkan jak la...Lagipun, dia dah cuba cover dengan "tube" kan...Apa2 pun...Semuanya terpulang pada pendapat masing2 ^_^

    ReplyDelete