6 Sebab Kamu Gagal Bercinta

Assalamu’alaikum! & Greeting!...

" KENAPA? KENAPA? APA SALAHKU? APA KURANGNYA AKU DAN APA KELEBIHANYA DIA? SELAMA INI AKU BERKORBAN ITU DAN INI TAPI AKU LANGSUNG TIDAK DIHARGAI, MALAH AKU DITINGGALKAN PULA! STRESSNYA! AKU BENCI LELAKI! "

Amboi, first ayat entri dah marah-marah nampak. Tapi itulah yang masalah yang Mawar nak cuba selesaikanya. Hari ni Mawar nak share sikit untuk girls semua, apa yang Mawar telah pelajari dan baca untuk menyelesaikan masalah di atas. Tapi boleh juga diberi panduan untuk para boys juga. Bukan disebabkan sekarang ini Mawar sedang putus cinta, cuma ingin memperbaiki kesilapan lalu. Tapi tidaklah ikut 100%, ikut mana yang mana sesuai dan betul logiknya. Ok, Mawar citer sikitlah yer, Mawar pernah putus cinta 2 kali. Dan Mawar pernah bercinta secara serius pun hanya 2 kali jer sehinggalah Mawar sekarang sudah berumur 27 thn.  Reason dan bila biarlah rahsia. hehehe...

Let we together check!!!!


6 Sebab Kamu Gagal Bercinta



1 Pentingkan Diri
Mungkin kita tidak sedari bahawa si dia sering memerhatikan gerak geri dan perbuatan kita setiap hari. Secara tidak langsung, si dia tahu tentang diri kamu yang si dia kurang gemari. (hurm... ok what, cintailah setiap kekurangan pasangan tapi bukan hanya pada kelebihan sajer kan) Tapi..... kamu mungkin tidak perasan bahawa kamu sangat mementingkan diri. (eh... ye ker?) Hah!! tengok tu betulkan kamu seorang yang pentingkan diri. (hurm....) Cuba kamu ingat kembali, setiap kali berlakunya perbalahan antara kalian pasti kamu akan mempertahankanya walaupun kesalahan itu sememangnya di bahu kamu. Jadi patutkah si dia dipersalahkan? Kalau kamu menjadi di dia, tentu kamu berfikiran sama bukan? (ok, paham)


2 Kuat Membebel
Pot pet pot pet, jenuh juga si dia nak menahan bebelan uol's setiap hari yang terlalu menyakitkan telinganya. (eh, macam sifat aku jer?) Bagi kamu itu mungkin perkara biasa, namun tidak bagi si dia. (hurm... ada jer nak complaint) Kamu kena ingat lelaki paling pantang bila ada orang membebel di telinganya. (hurm...baik) Biasalah mana ada manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Kamu sepatutnya prihatin dan bukan berleter macam mak nenek. Lama-kelamaan si dia pasti rasa bosan dan mula mencari pasangan yang lain. (ohhhh, tidak!!!!, tak mau) So, jika tidak mahu berputih mata, cepat-cepatlah berubah.

3 Kurang Perhatian
Lelaki merupakan individu yang sangat manja dan suka diberikan perhatian. (so, how about with girls?) Baginya cara itu menandakan yang kamu sangat mengambil berat dan menyayangi dirinya sepenuh hati. Namun bila kamu kurang memberikan perhatian dan memanjakan dirinya, si dia akan mula berjauh hati. (macam tak adil je statment ini. hurm....) Beri perhatian terutamanya apabila si dia melayani kamu biasa-biasa sahaja. Itu tandanya dia ingin cuba menjauhkan dirinya daripada kamu. Jadi, awas! (mak ai, siap bagi amaran lagi tu)


Mencari Kesalahan
Kamu sememangnya individu yang tidak pernah berpuas hati terhadap orang lain. Ada sahaja benda yang tidak kena. Ada sahaja benda yang tidak kena dan cacat di mata kamu. Apa masalah kamu sebenarnya? (hamboi, soalan kau jemah) Kalau kamu terlalu mencari kesalahan si dia, berkemungkinan untuk kamu ditinggalkan sangat tinggi. Sebab itulah kamu sering gagal dalam percintaan. Kadang-kadang si dia sendiri bingung dan tertanya-tanya kenapa kamu berkelakuan seperti itu. (tanda saya sayang kamu lah oi) Asal bergaduh sahaja pasti perkara yang kecik boleh jadi perang besar. Fikir-fikirkanlah! (tengah fikirlah ni)


Bangga Diri
Tak sudah-sudah kamu membangga diri. Ada sahaja benda yang kamu ingin ceritakan, dari sekecil-kecil benda hinggalah sebesar-besar benda. Penting ke apa yang kamu nak perkatakan itu? (ala, share pengalaman je kot, takkan nak fikir lain pulak?) Bukankah cara kamu itu seolah-olah cuba menunjukkan perbandingan taraf antara kalian berdua, tidak kiralah daripada aspek material atau apa sekalipun? Kamu tidak sepatutnya memperlakukan si dia seperti itu. (wahai lelaki semua janganlah sensitif sangat, rileks lah) Tolonglah menghormati perasaanya. Sekiranya kamu yang berada ditempatnya, apakah perasaan kamu? (hurm, betul tu, aku ni lemah betul kalau bab mempersoalkan berbalas perasaan ni. Aduh...) Tentu rasa tercabar dan malu bukan? Nak tak nak, kamu perlu berubah selepas ini. 


Membuat Perbezaan
Siapa yang tahan jika awek macam kamu.Asyik sahaja kamu nak membezakan teman lelaki yang dahulu dengan sekarang. Panaslah hati si dia. (yang ni saya setuju) Setiap kali perbalahan, pasti kamu mula membezakan sikap mereka dan cara mereka memujuk kamu sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati. Kamu kena ingat, jangan sesekali mencampuradukkan kisah lalu kamu dengan sekarang. Sebaiknya terimalah si dia seadanya. Jangan kerana terlalu ingin dapatkan kesempurnaan di pengakhiranya kamu pula yang merana. 


 Tamat.....

*** Hope apa yang Mawar share ni dapat membantu uols semua. Marilah kita bersama-sama ubah mana yang perlu kita ubah yang kita tidak kita sedari bahawa yang kita semua telah menyakitkan hati pasangan kita sendiri.  :)

8 comments:

  1. TQ mawar ... yana dh tak putus cinta lg. MR hubby dh setia d hati.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... good. happy for u Yana. But, kita mesti berhati2 juga untuk menjaga perasaan pasangan kita semoga hubungan kita akan sentiasa bahagia. Sama2 lah juga Mawar ingatkan untuk diri Mawar juga. :)

      Delete
  2. Thanks for sharing it Sis ^_^
    Nice entry...
    Wilma percaya sharing nie untuk semua kaum wanita tak kira muda, tua, bujang mahupun berkahwin...
    Coz adakalanya, kaum wanita nie tak sedar...
    Bahawa kita terlalu inginkan kesempurnaan dalam sesebuah perhubungan...Sehingga terlupa akan perasaan pasangan kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. - Thanks Wilma. Thanks juga coz always concern with all my entri, really appreciated that. Hugs. :)

      - Betul tue, mari kita sama berubah. hehehe...

      Delete
  3. nice sharing.. ^_^ thanks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Miz Ruha. Thanks read my entri. :)

      Delete