Assalamu’alaikum! & Greeting!...
Sudah semestinya uols semua mempunyai tabiat untuk membeli dan mencuba pelbagai produk yang uols lihat dimana-mana iklan atau jumpa dimana supermarket atau farmasi. Dan sudah semestinya uols semua sudah mencuba pelbagai produk seperti pencuci muka, krim muka dan macam-macam produk lagi lah tetapi kulit uols mesti bermasalah.
Tetapi harus diingatkan menjaga kecantikan bukan hanya bergantung kepada produk yang dipakai semata-mata, tetapi tabiat seharian uols semua juga boleh memberi kesan buruk kepada kulit uols termasuk masalah berjerawat, masalah muka berminyak, kulit kering dan macam-macam lagi lah. So, mari kita bersama-sama semak apakah tabiat buruk yang boleh merosakkan kecantikan kita semua.
Leegooo !!!
1. Tidur Tidak Tentu Masa
Paling penting uols harus memastikan masa tidur uols teratur kerana tidur yang tidak teratur akan memberi kesan pada bawah mata uols. Secara tidak langsung membuatkan kulit uols tidak bermaya dan kusam.
2. Kotoran Pada Telefon Bimbit
Tanpa uols sedari telefon bimbit yang ada kalanya dibawa ke tandas, diletakkan di atas meja yang kotor dan di dalam beg yang penuh dengan habuk boleh menyebabkan jerawat pada muka apabila pipi bersentuhan dengan telefon tersebut. Jadi pastikan uols membersihkan terlebih dahulu telefon sebelum mengunakanya.
3. Pengambilan Makanan Yang Tidak Seimbang
Masalah pantang apa sahaja yang ada di hadapan mata semuanya uols makan, sedangkan uols sudah tahu makanan berminyak dan kolesterol tinggi adalah tidak baik. Ia boleh mengakibatkan muka berjerawat dan timbul masalah lain. Jadi sebaiknya cubalah uols mengawal pemakanan (termasuk Mawar) kerana ia sangat penting bukan sahaja untuk cantik malah uols akan kekal sihat dan cergas.
4. Kerap mengerutkan Mata
Ada di antara uols yang suka mengurutkan wajah terutamanya apabila apabila ingin melihat objek yang jauh dari mata. Perlu diingatkan, tabiat mengerutkan muka dan mengecilkan mata ini boleh menyebabkan kulit uols cepat berkerut dan kelihatan tua.
Ketika tidur, sel-sel kulit mati pada wajah uols akan melekat pada sarung bantal. Lama-kelamaan ia akan menebal dan menimbulkan bakteria. Sekiranya uols malas menggantikan sarung bantal, ini bermakna uols akan tidur di atas timbunan bakteria.
6. Menjadikan Diri Sebagai Bahan Eksperimen
6. Menjadikan Diri Sebagai Bahan Eksperimen
Dari satu produk ke satu produk uols telah gunakan. Malah uols menjadikan diri sebagai bahan eksprimen sehingga boleh memberikan kesan yang sangat buruk kepada kulit uols. Jangan mudah terpengaruh dengan cadangan teman ataupun iklan-iklan. Lain orang lain kesan penggunaanya.
So, apa lagi joms kita bersama-sama buangkan tabiat buruk yang selama ini kita lakukan.
baik.. :)
ReplyDeletehehehe... marilah kita bersama buat tabiat2 tersebut. :)
Deletegood info..sy slalu mkn mknn tk seimbang..
ReplyDelete:) Just share apa yg Mawar baca. Marilah kita bersama buat tabiat2 tersebut.
DeleteThanks for the tips Sis :-)
ReplyDeleteLepas nie tak nak kerutkan muka lagi la...
sama lah saya ske kerutkan muka juga. :)
Deleteyang pasal hp tu memang ada kebenarannya
ReplyDeletehandphoen letak merata then lekap kat pipi. huhu...
Betul. Saya pun baru terfikir bila baca masalah ini. hehehe... Thanks follow Mawar semula. Salam perkenalan. :)
Delete