Jutaan Terima Kasih

Assalamualaikum / Good Day,

Masih lagi kurang membuat entri, tapi untuk kesempatan yang ada ini Mawar hendak mengambil kesempatan ingin meminta maaf kepada uols semua yang telah memberi komen dan yang sudah follow blog Mawar kerana Mawar masih belum sempat membalas kujungan dari uols. Insyallah, pelan-pelan Mawar akan membalasnya. Tunggu ok. Sayang korang semua.

Mawar juga nak ucap berbanyak terima kasih kepada semua yang telah singgah ke blog tidak seberapa Mawar ini dan juga follow blog Mawar. Terima kasih banyak-banyak. Mawar akan cuba mengunjungi blog uols semua bila ada masa kelapangan. 

Alhamdulillah, followers Mawar mendadak meningkat walaupun baru mencecah bawah 130 followers. Ini hasil dari Mawar join 3 segmen daripada para sahabat blogger semua. Thanks. First segmen Mawar join segmen dari blog Merepek Gila. Sebelum Mawar join, followers Mawar pada ketika itu hanya 20 followers sahaja. Second, Mawar join segmen dari Cik Putri. Third, baru-baru ni Mawar join segmen dari Yana Aina. Dan hasilnya sudah ke tahap ini.


Thanks to para sahabat blogger yang buat segmen-segmen. Ada masa Mawar akan join segmen dari sahabat blogger yang lain pula.


Sebagai penghargaan, Mawar akan meletakkan kesemua link blog follower Mawar ke senarai blogroll Mawar. Blogroll Mawar takde mengikut type, tapi akan isikan dengan link kesemua followers Mawar. Tapi, kalau nak link blog uols nampak dari para blogger yang singgah ke blog Mawar, kenalah rajin-rajin update. So, link blog uols akan sentiasa di carta teratas. hehehe... So, mana-mana yang belum Mawar masukkan kedalam bloglist Mawar, sabar yer akan dimasukkan dalam masa terdekat ini.



Thank You!!!!




Note : Buat entri ini budget macam artis. :)

6 comments:

  1. tq juga sudi letak blog KA tu ye n selamat hari raya aidiladha juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome KA. Thanks juga buat KA, blog Mawar pun ada di bloglist KA juga kan? :)

      Delete
  2. Terima kasih Mawar coz sudi masukkan Wilma dalam bloglist Mawar...Wilma akan sentiasa support Mawar coz u r one of my BFF (Blogger Friend Forever) :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome, dgn cara tue je yg Mawar mampu nak promote blog Wilma. Terima kasih sgt2, sbb sudi masukkan Mawar dlm senarai blogger friend forever Wilma. I'll support u too. Hug. :)

      Delete
  3. TQ masukkn yana dlm bloglist. teruskan usaha ^^

    ReplyDelete