Nasi Lemak Oh Nasi Lemak

Assalamualaikum and Hello Everyone...


Breakfast aku pagi tadi, kenyang sampai petang...


Musnah diet aku hari ni... Arghhhh.... Sekarang ni aku tengah diet nasi. Tapi pagi ni macam teringin sangat nak makan nasi lemak bungkus sebab dah lama giler aku tak makan. Nasi lemak ni aku beli kat mak cik aku. Mak Cik aku nie memang berniaga nasi lemak dari dulu, sebelum pukul 8 jer mesti dah habis. Kebetulan tadi aku singgah, nasi lemak Mak Cik aku tue memang dah nak habis, apa lagi mak cik aku sumbat nasi dan lauk lebih. Dia kata biar kenyang sampai ke petang. Bila memikirkan aku sekarang tak amik nasi rasa berat juga nak makan tapi rezeki jangan di tolak. Lagipun dah lama aku tak makan nasi lemak Mak Cik aku ni. Terima kasih Mak Andak. Love u lah...


Diet nasi yang aku maksudkan ni kira aku tak makan nasilah. Minggu ni sudah masuk 3 minggu tak makan nasi tapi ada jugak amik sikit. Minggu pertama memang tak makan nasi langsung hanya makan lauk, ada masa roti atau mi.  Masuk minggu kedua baru aku amik nasi sehari sekali tapi dalam kuantiti yang sikit. Kalau amik nasi tue mesti kes tak tahan bila mama masak lauk sedap, kalau lauk dah sedap mesti nak makan dengan nasikan. Ada masa aku tak amik nasi jugak, bergantung pada keadaan.


Tapi bila aku diet nasi ni ada juga kebaikannya. Kebaikanya takdelah badan aku turun mendadak, tetapi adalah jugak kurang sedikit. Jadilah daripada asyik naik daripada turunnya. Tapi ada satu kebaikan yang aku dapat bila diet nasi ni,  kebaikanya secara automatik sekarang nafsu makan aku berkurangan berbanding dulu. Kalau makan sikit mesti dah kenyang. Tak macam dulu, bila makan luar tak cukup dengan makanan aku je aku makan tapi blance makanan family aku yang tak habis aku yang habiskan. Sampai aku dapat gelaran TONG SAMPAH BERGERAK. Ada bergeraknyer sebab makan dari satu pinggan orang lain ke pinggan orang yang lain. Tak patut tul dorangkan. So bagi yang sape-sape berat sangat nak ikut mana-mana program diet, apa kata ikut cara aku nie. Ngeee...




 
 *** Terima kasih sudi baca... 

P/S  : Sampai bila lah eh aku boleh tahan tak makan nasi nie eh???

2 comments: