BUAT PASSPORT MALAYSIA UNTUK PERTAMA KALI

Assalamualaikum and hai everyone...


Sedih naw naw aku dengan blog aku nie, last entri dah berzaman. Entri raya haji tahun lepas, tak lama dah nak raya haji balik. Nampak sangat kemalasan aku yang dah tak tahu nak dikategorikan tahap apa. Nasib kaulah wahai si mawar putih. Sangatlah kan...  Dahlah takyah nak merepek sangat. Ada orang heran dengan kau punya blog. Ngeeee.... 


Ok berbalik pada tajuk entri pada hari ini, aku dengan buat pertama kalinya baru nak buat passport. Sedih dah tua2 baru nak ada passport. Walaupun aku tahu, dah ramai ada passport dan tahu cara nak mohon atau buat tapi aku nak share jugak pengalaman aku buat passport nie mungkin step yang aku alami ini mungkin berbeza dari yang dulu. Jadi dah siap-siaplah apply cuti. Aku buat dengan kawan aku dan dua orang adik aku. Jadi kami decide untuk buat di Jabatan Imigresen Kompleks PKNS Shah Alam, Seksyen 14. Kira bolehlah dekat dengan rumah walaupun amik masa 30-40 minit jugak. Jadi kalau ada dokumen kurang nak patah balik senang. Macam terjadi dekat kitaorang Surat Beranak Original adik aku tertinggal terpaksa balik jugak amik sebab taknak bazir masa nak datang buat lain kali.


Seperti biasa bila nak buat passport nie aku dah siap-siap mengoogle cara-cara nak mohon passport untuk pertama kali. Macam-macam cara ada yang aku baca. Jadi lebih afdal aku ke laman web Jabatan Imigresen. Bila dah dapat info jadi aku siap-siap amik gambar dan Photostat dokumen yang berkenaan seperti yang diminta dan melalui info pengalaman bagi orang-orang lain yang dah pernah mohon. Tapi bila sampai sana semua tak digunakan. Rugi RM15.00 tuk amik gambar. Ngeee…
Jadi perhatian kepada sesiapa yang nak buat passport untuk pertama kali, sekarang ini tak payah nak susah-susah nak amik gambar atau Photostat Kad Pengenalan. Just bawak diri dan kad pengenalan original sahaja. Bagi pemohon yang bawah 18 tahun WAJIB bawak original Surat Beranak dan Mak sekali. Tak boleh wakil-wakil. Make sure Mak uols sentiasa berada disisi uols sehingga uols dapat passport ditangan uols. PENTING HOKEY!!! 


STEP 1 :
Sampai jer korang kat Jabatan Imigressen tue korang cakap kat staff jaga kaunter tue nak buat passport untuk pertama kali. Lepas tue dia akan bagi nombor giliran sekali dengan borang tuk isi. Sambil-sambil uols tunggu nombor giliran uols, uols boleh isi borang tue. 

Nielah rupa borangnya. Tak banyak pun kena isi.


STEP 2:
Bila no giliran korang dipanggil mula staff kaunter tue akan ambil gambar korang. Jadi korang kenalah siap-siap pakai cantik-cantik. Bagi yang bertudung uols disarankan pakai tudung warna hitam, kalau tak sia-sia korang pakai tudung berwarna-warni siap lilit2 bagai tapi korang kena pakai tudung yang dorang sediakan. Sedihkan. Proses dikaunter ni staff Imigresen akan confirmkan butiran yang uols isi dalam borang tadi betul untuk buat confirmation sebelum dorang update ke dalam sistem dorang. Bila dah siap masukkan data uols dan tiada apa-apa masalah, orang kat kaunter tue akan print satu borang butiran pemohonan uols untuk uols semak dan tandatangan. Bila dah siap tandatangan, bermakna uols settle untuk step nie dan akan ke step seterusnya iaitu proses pembayaran. Senang kan… 
(PERHATIAN : Bagi pemohon 18 tahun kebawah di step ini uols kena datang sekali bersama-sama Mak uols dan WAJIB kemukan Salinan Surat Beranak Original dan Kad Pengenalan uols dan Mak Uols.)


STEP 3:
Untuk step nie korang kena tunggu nama uols dipanggil untuk ke kaunter pembayaran. Kaunter pembayaran nie dekat-dekat jugak dengan kaunter untuk step 2. Bila nama uols dipanggil uols perlu buat pembayaran. Uols hanya dicas untuk pembayaran passport jer, gambar free woo. Time uols bayar tue staff kat kaunter pembayaran akan bagitahu korang kena tunggu 1 jam untuk passport uols siap. Kira proses permohonan passport korang dah settle. Senangkan. Proses tak sampai 1 jam pun. Jadi sementara nak tunggu passport korang siap korang bolehlah pergi breakfast dulu.
(Time nie aku terpaksa balik kerumah untuk mengambil surat beranak original adik aku. Kitaorang bertiga dah settle untuk proses mengambil passport jadi adik aku sorang nie tak settle lagi untuk step 2. Kalau sape-sape yang tertinggal dokumen macam saya nie lepas dah amik dokumen kat rumah boleh pergi terus ke kaunter yang tadi uols berurusan jadi tak payah nak tunggu lama untuk amik nombor baru)


Kadar Bayaran Pasport

a. RM100.00 untuk 2 Tahun
b. RM300.00 untuk 5 Tahun

Bayaran Bagi Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas) dan Kanak-Kanak (berumur dibawah 12 tahun)
a. RM80.00 untuk 2 Tahun
b. RM150.00 untuk 5 Tahun

Bayaran Separuh Harga (RM 150.00 untuk 5 Tahun)
- Bagi pelajar berumur di bawah 21 tahun yang menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di luar Negara bersama-sama:

a) Dokumen Sokongan :
- surat tawaran IPT atau Agensi Pengambilan Pelajar atau surat tawaran biasiswa / tajaan
- Resit bayaran yuran pendaftaran
- Kad Matrik Pelajar (jika sedang belajar)


STEP 4:
Selepas 1 jam korang boleh terus ke kaunter pengambilan passport. Tak payah amik nombor. Boleh terus ke kaunter. So, siap sudah passport uols. Senangkan. Yeaaaa, dah boleh kahwin lari kat Thailand. Nggeeee….
(PERHATIAN : Kepada pemohon bawah 18 tahun time nak amik passport wajib Mak uols ada sekali. Macam adik saya konon Mama saya tunggu kat bawah sebab yang lain-lain dah siap passport masing malas nak naik semula, jadi saya dan adik saya jer naik tapi dorang nak juga Mama saya ada walaupun tadi di step 2 Mama saya ada. Terpakasalah col Mama minta naik jugak. Huhuhuhu… Macam-macam hal.)


Nielah passport kami


Sape-sape yang pernah buat di Jabatan Imigeresen Kompleks PKNS Shah Alam mesti mengalami masalah kesukaran nak cari Jabatan Imigresen nie kan. Jadi saya untuk memmudahkan korang mencari saya sarankan sampai jer uols kat Bangunan Kompleks PKNS Shah Alam tue korang pergi naik lift yang berdekatan dengan KFC atau pun Guardian (Kalau tak silap). Bila korang naik lift ke tingkat 3, korang dah Nampak Jabatan Imigresen nie di belah kiri uols.


So, sape-sape yang baru nak mohon atau buat passport nie semoga Berjaya… Ngeee….


Terima kasih sudi singgah dan baca. Have a nice day!!!




p/s : Kunun2 entri nie nak post sebelum pergi holiday (holiday sangatlah kan) nie dah sebulan lepas pergi trip. Ish2x....

66 comments:

  1. terima kasih...jap lg nk g buat passport....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah. Semoga dipermudahkan urusan buat passportnya. Have a nive day!!!

      Delete
  2. huhu.. saya pon nak share...semalam punya cerita 8/12/2014.. 1st time nak buat pasport jugak.. so tny la officemate..katanya u bawak gambar siap2. so xpyh tunggu.. pergi awal2.. ok.. awal la sangat.. g g tangkap gambar pon dah jam 12..rm15.. tapi dapat rm14 sbb customer tetap.. terus g imigresen.. sampai2.. mak oiiii.. ramainya orang.. masa tu 12.40.. p dekat kaunter... en tu kata no dah habis.. ha??? terkejut la.. katanya esok pagi datang lain.. tunjuk pic yang tangkap tadi tu.. katanya.. xpayah.. buat kenangan je.. hu dalam hati.. melayang duit aku.. kalau tahu xbuat pon xpe.. ingat pagi nak buat la.. tapi kat opiz ramai yang cuti.. so.. xjadi la pasport lagi. huarggg.... kalau dari awal baca blog.. settle dah pasport.. ngeeee.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ina singgah sini dah share pengalaman. Sian awk, better awk datang awal sikit. Semoga lepas nie dipermudahkan urusanya. Ini kite buat bulan 4 so klu ada pe2 perubahan step yang saya share, saya minta maaf yer :)

      Delete
    2. hihi.. xpe. pengalaman.. nak ikutkan nak buat border pass je.. tp skrg dah xada.. untuk yang lahir di pengkalan hulu sahaja dibenarkan buat.. so nak xnak..kena la buat passport jugak.. :)

      Delete
  3. Besok sy nak buat pasport utk nikah di Songkhla atas sebab2 yg tk dpt di elakkan. Thanks atas info yg berguna ni. Doakan saya ye sis :)

    ReplyDelete
  4. Esok nkpi wat pasport.sgt detail n brguna blog awk.kita baru pikir nk pkai tudung lilit bunga2.tukar plan.hee.tq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome... Mudah-mudahan dipermudahkan urusanya.

      Delete
  5. tenkiyuuuu for the impormesyennn kak lisaaaaaa 😁😁

    ReplyDelete
  6. Klu mcm saya nie .. Umo 25 .. nak buat pasport .. kena bawa surat beranak tak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umur 25 da lebih 18tahun....xpayah bawak surat beranak la sayangggg.
      Bawah 18tahun je kene ade surat beranak ngan parent ic

      Delete
    2. Umur 25 da lebih 18tahun....xpayah bawak surat beranak la sayangggg.
      Bawah 18tahun je kene ade surat beranak ngan parent ic

      Delete
    3. Thanks kayxray tolong jawabkan. Betul tue hanya pemohon bawah 18 tahun sahaja. Dan sorry uols kalau pada step or prosuder telah berubah.

      Delete
  7. penerangan yang lengkap thanks

    ReplyDelete
  8. Anonymous08 June, 2015

    halo . . nk tanya ni,klo umo 21 keatasa kna bwa surat beranak x ? maaf sy bertanya . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, sy rasa tidak perlu klu tiada apa2 masalah. Yang penting ic wajib bawa. Tp blh jgk bwk utk standby.
      Maaf klu ada penambahan dan perubahan info masa buat passport nanti, ini berdasarkan pengalaman sy buat passport pada tahun lps.
      Terima kasih kerana sudi singgah :)

      Delete
  9. salam..kalo nk pi umrah bln 12, agak2 buat passport bln 10 ok x eh?

    ReplyDelete
  10. this info is helpful.. thank u

    ReplyDelete
  11. entry yang bagus..saya pun kali pertama nak buat passport.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Anonymous14 July, 2015

    Dokumen ape dprlukan,,,klau bkhwin kna tulis ke nma psngn kt pssport tu?

    ReplyDelete
  13. Anonymous29 July, 2015

    thaanks, for the info, tak selalu baca blog,
    hanya baca ketika nak buat sesuatu tapi tak tau tu la google jumpa awak,
    keep updating your blog with information, love it.

    ReplyDelete
  14. Thanks for the info.. sangat berguna
    pagi ni nak p teman my brother buat passport kat PKNS.
    dapatlah 'petunjuk' sket lepas baca entry ni. hahahaa...tq yer

    ReplyDelete
  15. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan, BRENDA HARAPAN pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah syarat-syarat yang jelas dan mudah difahami dan keadaan Dari
    $ 20.000 untuk $ 7000000 USD, Euro Dan Pounds Sahaja. Saya memberi Pinjaman Perniagaan,
    Pinjaman Peribadi, Pinjaman Pelajar, Pinjaman Kereta Dan Pinjaman Untuk Bayar Off Bil. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (brendahope816@gmail.com)

    ReplyDelete
  16. Terima kasih, perkongsian yg bermanfaat.. Nk p pkns ptg ni jugak... InsyaAllah..

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. saya berumur 20 tahun. dan hanya ada salinan surat beranak je. yg ori tertinggal dekat rumah. boleh ke saya buat passport pkai surat beranak fotostet je???

    ReplyDelete
  19. saya berumur 20 tahun. dan hanya ada salinan surat beranak je. yg ori tertinggal dekat rumah. boleh ke saya buat passport pkai surat beranak fotostet je???

    ReplyDelete
    Replies
    1. 18 tahun keatas tidak memerlukan surat beranak.

      Delete
  20. Info yg b'guna. Kebetulan lak sy memg menyewa kat Shah Alam. Snang lar ckit nak g PKNS tu. Hehe...Memg Passport akak siap dlm 1 jam ke? Sy 1st Time gak nak g wat Passport ni. Hehe... ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan step sama, maaf sekiranya ada perubahan. Ya, siap lebih kurang 1 jam.

      Delete
  21. Saya lahir thn 1998. So thn ni kira 18 thn, tp tak cecah birthday lagi. So cane ye? Kira 18 thn or 18 thn ke kebwh? And lagi satu soalan, kene mak gak ke? Ayah tak boleh eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk situasi ini, adk msh perlu membawa surat beranak. Walaupun masa nak buat passport selang beberapa hari nk birthday. Mcm situasi adk akk, mse time buat nie lg 3 bln birthday dia. Tetapi, maaf sekiranya proses skrg sudah berbeza. Bawa surat beranak untuk persediaan... Ayah blh, kira kategori bapa/ibu/penjaga perlu bersama2 semasa proses membuat passport.. T.kasih...

      Delete
  22. thank you. post ni sangat menyenangkan urusan saya nak buat passport. terima kasih :)

    ReplyDelete
  23. thank you. post ni sangat menyenangkan urusan saya nak buat passport. terima kasih :)

    ReplyDelete
  24. kalau tiada surat beranak boleh ka buat pasport ? ( untuk orang sabah ).

    thanks.

    ReplyDelete
  25. kalau tiada surat beranak boleh ka buat pasport ? ( untuk orang sabah ).

    thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kes nie im not sure. Tapi ada pernah terbaca bagi orang Sabah perlu ada surat beranak. Sorry if im mistake...

      Delete
  26. it's been really helpful, thanks ye lisa☺

    ReplyDelete
  27. tq..membantu sgt la...dalam pale dok pk...ape nk kne ada masa nk mohon pasport...skarang dah setel...

    ReplyDelete
  28. Huhu esok lusa nk g buat pasport.kat pkns ada emigresen ke?belah mana ya admin?awok xtau huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry for da late reply... Nak pergi ke Imigresen ikut lift yang belah area KFC.

      Delete
  29. Terima kasih ! harap ada ramain yg suka tulis benda² helpful mcm ni .hehe ..mungkin kadang² rasa biasa .tapi bagi sesetengah orang benda² cenni helps alot .. I'm on instagram (@hantu_raya) ..lol :)

    ReplyDelete
  30. kalau dsenaraihitam oleh ptptn atau jpa boleh buat passport jugak ker ...

    ReplyDelete
  31. Kalau umur 18 ke atas dan lahir luar negara kena bwk surat beranak jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp warganegara malaysia jugak. Mcm mana ye?

      Delete
  32. Saya pelajar ipt. saya kena buat passport sebab kursus diploma saya mewajibkan saya pergi ke luar negara pada semester 4. Jadi maknanya sebelum pergi ke kompleks pkns shah alam tu tak perlu sediakan gambar dan dokumen penting utk urusan di sana? ke ade certain dokumen yg perlu disediakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik hendaklah sediakan payung sebelum hujan..

      Delete
  33. Tq so mucch..info yg trbaik..Sikit lagi nk ambik gmbr..

    ReplyDelete
  34. Tq so mucch..info yg trbaik..Sikit lagi nk ambik gmbr..

    ReplyDelete
  35. Good Day,

    Adakah anda dalam apa-apa jenis masalah pinjaman kewangan? atau sama ada
    Anda memerlukan pinjaman yang cepat untuk membersihkan debit anda dan
    belakang untuk perniagaan Pada kadar faedah sebanyak 2%. Jika ya hubungi kami
    melalui e-mel kami di bawah: tracybanksloanfirm@gmail.com

    MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN DIPERLUKAN DARIPADA ANDA ..

    1) Nama Penuh: ............
    2) Seks: .................
    3) Umur: ........................
    4) Negara: .................
    5) Nombor Telefon: ........
    6) Work: ..............
    7) Pendapatan Bulanan: ......
    8) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .....
    9) Tempoh pinjaman: ...............
    10) Pinjaman Faedah: ...........

    terima kasih.

    ReplyDelete
  36. Terima kasih byk2..sgt berguna info ni..nk buat passport utk ke luar negara

    ReplyDelete
  37. Klau mak saya sakit x ikut sekali tapi abang ada boleh x

    ReplyDelete
  38. Anonymous05 June, 2018

    Klau mak ngan ayah x ikut sekali tapi abang ada boleh x

    ReplyDelete
  39. Anonymous12 July, 2018

    Wow, superb weblog layout! How long have you ever been running a blog for?
    you made blogging glance easy. The entire look of your web site is
    excellent, as neatly as the content material!

    ReplyDelete
  40. Mana anak yg ada ic kene guna ic.. srt beranak x bole

    ReplyDelete