Sedih naw naw aku dengan blog aku nie, last entri dah berzaman. Entri raya haji tahun lepas, tak lama dah nak raya haji balik. Nampak sangat kemalasan aku yang dah tak tahu nak dikategorikan tahap apa. Nasib kaulah wahai si mawar putih. Sangatlah kan... Dahlah takyah nak merepek sangat. Ada orang heran dengan kau punya blog. Ngeeee....
Ok berbalik pada tajuk entri pada hari ini, aku dengan buat pertama kalinya baru nak buat passport. Sedih dah tua2 baru nak ada passport. Walaupun aku tahu, dah ramai ada passport dan tahu cara nak mohon atau buat tapi aku nak share jugak pengalaman aku buat passport nie mungkin step yang aku alami ini mungkin berbeza dari yang dulu. Jadi dah siap-siaplah apply cuti. Aku buat dengan kawan aku dan dua orang adik aku. Jadi kami decide untuk buat di Jabatan Imigresen Kompleks PKNS Shah Alam, Seksyen 14. Kira bolehlah dekat dengan rumah walaupun amik masa 30-40 minit jugak. Jadi kalau ada dokumen kurang nak patah balik senang. Macam terjadi dekat kitaorang Surat Beranak Original adik aku tertinggal terpaksa balik jugak amik sebab taknak bazir masa nak datang buat lain kali.
Seperti biasa bila nak buat passport nie aku dah siap-siap mengoogle cara-cara nak mohon passport untuk pertama kali. Macam-macam cara ada yang aku baca. Jadi lebih afdal aku ke laman web Jabatan Imigresen. Bila dah dapat info jadi aku siap-siap amik gambar dan Photostat dokumen yang berkenaan seperti yang diminta dan melalui info pengalaman bagi orang-orang lain yang dah pernah mohon. Tapi bila sampai sana semua tak digunakan. Rugi RM15.00 tuk amik gambar. Ngeee…
Jadi perhatian kepada sesiapa yang nak buat passport untuk pertama kali, sekarang ini tak payah nak susah-susah nak amik gambar atau Photostat Kad Pengenalan. Just bawak diri dan kad pengenalan original sahaja. Bagi pemohon yang bawah 18 tahun WAJIB bawak original Surat Beranak dan Mak sekali. Tak boleh wakil-wakil. Make sure Mak uols sentiasa berada disisi uols sehingga uols dapat passport ditangan uols. PENTING HOKEY!!!
STEP 1 :
Sampai jer korang kat Jabatan Imigressen tue korang cakap kat staff jaga kaunter tue nak buat passport untuk pertama kali. Lepas tue dia akan bagi nombor giliran sekali dengan borang tuk isi. Sambil-sambil uols tunggu nombor giliran uols, uols boleh isi borang tue.
Nielah rupa borangnya. Tak banyak pun kena isi.
STEP 2:
Bila no giliran korang dipanggil mula staff kaunter tue akan ambil gambar korang. Jadi korang kenalah siap-siap pakai cantik-cantik. Bagi yang bertudung uols disarankan pakai tudung warna hitam, kalau tak sia-sia korang pakai tudung berwarna-warni siap lilit2 bagai tapi korang kena pakai tudung yang dorang sediakan. Sedihkan. Proses dikaunter ni staff Imigresen akan confirmkan butiran yang uols isi dalam borang tadi betul untuk buat confirmation sebelum dorang update ke dalam sistem dorang. Bila dah siap masukkan data uols dan tiada apa-apa masalah, orang kat kaunter tue akan print satu borang butiran pemohonan uols untuk uols semak dan tandatangan. Bila dah siap tandatangan, bermakna uols settle untuk step nie dan akan ke step seterusnya iaitu proses pembayaran. Senang kan…
(PERHATIAN : Bagi pemohon 18 tahun kebawah di step ini uols kena datang sekali bersama-sama Mak uols dan WAJIB kemukan Salinan Surat Beranak Original dan Kad Pengenalan uols dan Mak Uols.)
STEP 3:
Untuk step nie korang kena tunggu nama uols dipanggil untuk ke kaunter pembayaran. Kaunter pembayaran nie dekat-dekat jugak dengan kaunter untuk step 2. Bila nama uols dipanggil uols perlu buat pembayaran. Uols hanya dicas untuk pembayaran passport jer, gambar free woo. Time uols bayar tue staff kat kaunter pembayaran akan bagitahu korang kena tunggu 1 jam untuk passport uols siap. Kira proses permohonan passport korang dah settle. Senangkan. Proses tak sampai 1 jam pun. Jadi sementara nak tunggu passport korang siap korang bolehlah pergi breakfast dulu.
(Time nie aku terpaksa balik kerumah untuk mengambil surat beranak original adik aku. Kitaorang bertiga dah settle untuk proses mengambil passport jadi adik aku sorang nie tak settle lagi untuk step 2. Kalau sape-sape yang tertinggal dokumen macam saya nie lepas dah amik dokumen kat rumah boleh pergi terus ke kaunter yang tadi uols berurusan jadi tak payah nak tunggu lama untuk amik nombor baru)
Kadar Bayaran Pasport
a. RM100.00 untuk 2 Tahun
b. RM300.00 untuk 5 Tahun
Bayaran Bagi Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas) dan Kanak-Kanak (berumur dibawah 12 tahun)
a. RM80.00 untuk 2 Tahun
b. RM150.00 untuk 5 Tahun
Bayaran Separuh Harga (RM 150.00 untuk 5 Tahun)
- Bagi pelajar berumur di bawah 21 tahun yang menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di luar Negara bersama-sama:
a) Dokumen Sokongan :
- surat tawaran IPT atau Agensi Pengambilan Pelajar atau surat tawaran biasiswa / tajaan
- Resit bayaran yuran pendaftaran
- Kad Matrik Pelajar (jika sedang belajar)
STEP 4:
Selepas 1 jam korang boleh terus ke kaunter pengambilan passport. Tak payah amik nombor. Boleh terus ke kaunter. So, siap sudah passport uols. Senangkan. Yeaaaa, dah boleh kahwin lari kat Thailand. Nggeeee….
(PERHATIAN : Kepada pemohon bawah 18 tahun time nak amik passport wajib Mak uols ada sekali. Macam adik saya konon Mama saya tunggu kat bawah sebab yang lain-lain dah siap passport masing malas nak naik semula, jadi saya dan adik saya jer naik tapi dorang nak juga Mama saya ada walaupun tadi di step 2 Mama saya ada. Terpakasalah col Mama minta naik jugak. Huhuhuhu… Macam-macam hal.)
Nielah passport kami
Sape-sape yang pernah buat di Jabatan Imigeresen Kompleks PKNS Shah Alam mesti mengalami masalah kesukaran nak cari Jabatan Imigresen nie kan. Jadi saya untuk memmudahkan korang mencari saya sarankan sampai jer uols kat Bangunan Kompleks PKNS Shah Alam tue korang pergi naik lift yang berdekatan dengan KFC atau pun Guardian (Kalau tak silap). Bila korang naik lift ke tingkat 3, korang dah Nampak Jabatan Imigresen nie di belah kiri uols.
So, sape-sape yang baru nak mohon atau buat passport nie semoga Berjaya… Ngeee….
Terima kasih sudi singgah dan baca. Have a nice day!!!
p/s : Kunun2 entri nie nak post sebelum pergi holiday (holiday sangatlah kan) nie dah sebulan lepas pergi trip. Ish2x....
Baiklah....
ReplyDeleteTq.
Terima kasih :)
ReplyDeleteTerima kasih singgah. Have a nice day!!!
Deleteterima kasih...jap lg nk g buat passport....
ReplyDeleteTerima kasih singgah. Semoga dipermudahkan urusan buat passportnya. Have a nive day!!!
Deletehuhu.. saya pon nak share...semalam punya cerita 8/12/2014.. 1st time nak buat pasport jugak.. so tny la officemate..katanya u bawak gambar siap2. so xpyh tunggu.. pergi awal2.. ok.. awal la sangat.. g g tangkap gambar pon dah jam 12..rm15.. tapi dapat rm14 sbb customer tetap.. terus g imigresen.. sampai2.. mak oiiii.. ramainya orang.. masa tu 12.40.. p dekat kaunter... en tu kata no dah habis.. ha??? terkejut la.. katanya esok pagi datang lain.. tunjuk pic yang tangkap tadi tu.. katanya.. xpayah.. buat kenangan je.. hu dalam hati.. melayang duit aku.. kalau tahu xbuat pon xpe.. ingat pagi nak buat la.. tapi kat opiz ramai yang cuti.. so.. xjadi la pasport lagi. huarggg.... kalau dari awal baca blog.. settle dah pasport.. ngeeee.....
ReplyDeleteThanks ina singgah sini dah share pengalaman. Sian awk, better awk datang awal sikit. Semoga lepas nie dipermudahkan urusanya. Ini kite buat bulan 4 so klu ada pe2 perubahan step yang saya share, saya minta maaf yer :)
Deletehihi.. xpe. pengalaman.. nak ikutkan nak buat border pass je.. tp skrg dah xada.. untuk yang lahir di pengkalan hulu sahaja dibenarkan buat.. so nak xnak..kena la buat passport jugak.. :)
DeleteBesok sy nak buat pasport utk nikah di Songkhla atas sebab2 yg tk dpt di elakkan. Thanks atas info yg berguna ni. Doakan saya ye sis :)
ReplyDeleteEsok nkpi wat pasport.sgt detail n brguna blog awk.kita baru pikir nk pkai tudung lilit bunga2.tukar plan.hee.tq!
ReplyDeleteWelcome... Mudah-mudahan dipermudahkan urusanya.
Deletetenkiyuuuu for the impormesyennn kak lisaaaaaa 😁😁
ReplyDeleteWelcome dear...
DeleteKlu mcm saya nie .. Umo 25 .. nak buat pasport .. kena bawa surat beranak tak ...
ReplyDeleteUmur 25 da lebih 18tahun....xpayah bawak surat beranak la sayangggg.
DeleteBawah 18tahun je kene ade surat beranak ngan parent ic
Umur 25 da lebih 18tahun....xpayah bawak surat beranak la sayangggg.
DeleteBawah 18tahun je kene ade surat beranak ngan parent ic
Thanks kayxray tolong jawabkan. Betul tue hanya pemohon bawah 18 tahun sahaja. Dan sorry uols kalau pada step or prosuder telah berubah.
Deletepenerangan yang lengkap thanks
ReplyDeletehalo . . nk tanya ni,klo umo 21 keatasa kna bwa surat beranak x ? maaf sy bertanya . .
ReplyDeletehi, sy rasa tidak perlu klu tiada apa2 masalah. Yang penting ic wajib bawa. Tp blh jgk bwk utk standby.
DeleteMaaf klu ada penambahan dan perubahan info masa buat passport nanti, ini berdasarkan pengalaman sy buat passport pada tahun lps.
Terima kasih kerana sudi singgah :)
salam..kalo nk pi umrah bln 12, agak2 buat passport bln 10 ok x eh?
ReplyDeletethis info is helpful.. thank u
ReplyDeleteentry yang bagus..saya pun kali pertama nak buat passport.
ReplyDeleteterima kasih.
Dokumen ape dprlukan,,,klau bkhwin kna tulis ke nma psngn kt pssport tu?
ReplyDeletethaanks, for the info, tak selalu baca blog,
ReplyDeletehanya baca ketika nak buat sesuatu tapi tak tau tu la google jumpa awak,
keep updating your blog with information, love it.
Thanks for the info.. sangat berguna
ReplyDeletepagi ni nak p teman my brother buat passport kat PKNS.
dapatlah 'petunjuk' sket lepas baca entry ni. hahahaa...tq yer
Hello,
ReplyDeleteIni adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan, BRENDA HARAPAN pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah syarat-syarat yang jelas dan mudah difahami dan keadaan Dari
$ 20.000 untuk $ 7000000 USD, Euro Dan Pounds Sahaja. Saya memberi Pinjaman Perniagaan,
Pinjaman Peribadi, Pinjaman Pelajar, Pinjaman Kereta Dan Pinjaman Untuk Bayar Off Bil. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (brendahope816@gmail.com)
Terima kasih, perkongsian yg bermanfaat.. Nk p pkns ptg ni jugak... InsyaAllah..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya berumur 20 tahun. dan hanya ada salinan surat beranak je. yg ori tertinggal dekat rumah. boleh ke saya buat passport pkai surat beranak fotostet je???
ReplyDeletesaya berumur 20 tahun. dan hanya ada salinan surat beranak je. yg ori tertinggal dekat rumah. boleh ke saya buat passport pkai surat beranak fotostet je???
ReplyDelete18 tahun keatas tidak memerlukan surat beranak.
DeleteThanks for your info
ReplyDeleteInfo yg b'guna. Kebetulan lak sy memg menyewa kat Shah Alam. Snang lar ckit nak g PKNS tu. Hehe...Memg Passport akak siap dlm 1 jam ke? Sy 1st Time gak nak g wat Passport ni. Hehe... ��
ReplyDeleteMudah-mudahan step sama, maaf sekiranya ada perubahan. Ya, siap lebih kurang 1 jam.
DeleteSaya lahir thn 1998. So thn ni kira 18 thn, tp tak cecah birthday lagi. So cane ye? Kira 18 thn or 18 thn ke kebwh? And lagi satu soalan, kene mak gak ke? Ayah tak boleh eh?
ReplyDeleteUntuk situasi ini, adk msh perlu membawa surat beranak. Walaupun masa nak buat passport selang beberapa hari nk birthday. Mcm situasi adk akk, mse time buat nie lg 3 bln birthday dia. Tetapi, maaf sekiranya proses skrg sudah berbeza. Bawa surat beranak untuk persediaan... Ayah blh, kira kategori bapa/ibu/penjaga perlu bersama2 semasa proses membuat passport.. T.kasih...
Deletethank you. post ni sangat menyenangkan urusan saya nak buat passport. terima kasih :)
ReplyDeleteWelcome... Good luck!!!
Deletethank you. post ni sangat menyenangkan urusan saya nak buat passport. terima kasih :)
ReplyDeletekalau tiada surat beranak boleh ka buat pasport ? ( untuk orang sabah ).
ReplyDeletethanks.
kalau tiada surat beranak boleh ka buat pasport ? ( untuk orang sabah ).
ReplyDeletethanks.
Untuk kes nie im not sure. Tapi ada pernah terbaca bagi orang Sabah perlu ada surat beranak. Sorry if im mistake...
Deleteit's been really helpful, thanks ye lisa☺
ReplyDeleteWelcome Faie...
Deletetq..membantu sgt la...dalam pale dok pk...ape nk kne ada masa nk mohon pasport...skarang dah setel...
ReplyDeleteWelcome...
DeleteTq. Membantu sgt
ReplyDeleteWelcome..
DeleteHuhu esok lusa nk g buat pasport.kat pkns ada emigresen ke?belah mana ya admin?awok xtau huhu
ReplyDeletesorry for da late reply... Nak pergi ke Imigresen ikut lift yang belah area KFC.
DeleteTerima kasih ! harap ada ramain yg suka tulis benda² helpful mcm ni .hehe ..mungkin kadang² rasa biasa .tapi bagi sesetengah orang benda² cenni helps alot .. I'm on instagram (@hantu_raya) ..lol :)
ReplyDeletekalau dsenaraihitam oleh ptptn atau jpa boleh buat passport jugak ker ...
ReplyDeleteKalau umur 18 ke atas dan lahir luar negara kena bwk surat beranak jugak ke?
ReplyDeleteTp warganegara malaysia jugak. Mcm mana ye?
DeleteSaya pelajar ipt. saya kena buat passport sebab kursus diploma saya mewajibkan saya pergi ke luar negara pada semester 4. Jadi maknanya sebelum pergi ke kompleks pkns shah alam tu tak perlu sediakan gambar dan dokumen penting utk urusan di sana? ke ade certain dokumen yg perlu disediakan?
ReplyDeleteAdik hendaklah sediakan payung sebelum hujan..
DeleteTq so mucch..info yg trbaik..Sikit lagi nk ambik gmbr..
ReplyDeleteTq so mucch..info yg trbaik..Sikit lagi nk ambik gmbr..
ReplyDeleteGood Day,
ReplyDeleteAdakah anda dalam apa-apa jenis masalah pinjaman kewangan? atau sama ada
Anda memerlukan pinjaman yang cepat untuk membersihkan debit anda dan
belakang untuk perniagaan Pada kadar faedah sebanyak 2%. Jika ya hubungi kami
melalui e-mel kami di bawah: tracybanksloanfirm@gmail.com
MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN DIPERLUKAN DARIPADA ANDA ..
1) Nama Penuh: ............
2) Seks: .................
3) Umur: ........................
4) Negara: .................
5) Nombor Telefon: ........
6) Work: ..............
7) Pendapatan Bulanan: ......
8) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .....
9) Tempoh pinjaman: ...............
10) Pinjaman Faedah: ...........
terima kasih.
Terima kasih byk2..sgt berguna info ni..nk buat passport utk ke luar negara
ReplyDeleteKlau mak saya sakit x ikut sekali tapi abang ada boleh x
ReplyDeleteKlau mak ngan ayah x ikut sekali tapi abang ada boleh x
ReplyDeleteWow, superb weblog layout! How long have you ever been running a blog for?
ReplyDeleteyou made blogging glance easy. The entire look of your web site is
excellent, as neatly as the content material!
Xleh..Nk cap jari
ReplyDeleteMana anak yg ada ic kene guna ic.. srt beranak x bole
ReplyDelete