Assalamu’alaikum! & Greeting!...
Sumber Gambar - Googles Search |
Sudah pastinya ramai yang kenal dengan buah lemon dan pasti juga ramai yang tahu akan khasiatnya buah lemon ini. Untuk entri kali ini Mawar juga nak share sikit manfaat lemon kepada kita untuk kecantikan, walaupun ada diantara anda semua ada yang sudah mengetahuinya. Disini Mawar nak share 3 cara rawatan yang anda boleh buat sendiri dirumah. Selain menjimatkan masa, ia juga menjimatkan duit anda. Let try =)
1. Mencerahkan Kuku Tangan dan Kaki
Caranya : Sediakan sebiji buah lemon, potong menjadi dua bahagian, ambil airnya dengan cara perahan. (untuk mendapat air yang banyak, sebelum potong gelekkan buah lemon dipermukaan rata dengan mengunakan tangan terlebih dahulu. Ala, seperti chef2 selalu buat tue) Campurkan 2 sudu air lemon (yang telah diperah tadi) dengan 1 sudu ubat gigi ke dalam mangkuk lalu campurkanya hingga ubat gigi larut dengan air lemon. Setelah itu sapukan pada kuku tangan perlahan-lahan. Setelah itu biarkan selama 1 minit dan bilas dengan air suam. Lalu sapukan kuku tangan dan kaki dengan losyen badan untu melembapkanya.
Manfaatnya : Kuku akan sentiasa kelihatan bersih dan nampak cerah.
Manfaatnya : Kuku akan sentiasa kelihatan bersih dan nampak cerah.
2. Pelembut Kaki
Caranya : Siapkan sebuah bekas kecil dan isikan dengan 6 gelas air suam, 3 cawan air perahan lemon (yang ini memerlukan banyak lemon), 1 cawan susu, 2 sudu serbuk kayu manis. Lalu campurkan bahan-bahan tersebut hingga rata dan rendam kedua-dua kaki anda sambil digosokkan dengan batu (batu apa? batu lesung ker?) selama 15 minit. Setelah itu bilas dengan air suam dan keringkan. Lakukan paling kurang seminggu sekali.
Manfaatnya : Melembutkan tapak kaki dan sekali gus mematikan kuman-kuman yang terlekat dikaki.
3. Menyihatkan Rambut
Caranya : Dengan bantuan sikat, sapukan perahan air lemon. Setelah itu, jemur rambut dibawah sinar matahari, (seelok-elok matahari pagi diantara 9.00-9.30 pagi) tetapi jangan lupa gunakan krim sun block sebelum berjemur supaya kulit anda tak terbakar. (kalau sesiapa yang suka berjemur ditepi pantai elok sebelum berjemur eloklah sapukan lemon dirambut terlebih dahulu) Sinaran matahari membantu perahan air limau untuk mencantikan rambut. Setelah itu bilas rambut seperti biasa dengan mengunakan perapi, lalu keringkan.
Manfaatnya : Rambut akan lebih bersinar, berseri dan bertenaga.
Setakat ini Mawar sudah mengamalkan rawatan 1 dan 2, dan hasilnya sangat memuaskan. Untuk yg ke3 Mawar belum sempat mencuba, sbb bila bangun waktu weekly matahari tak keluar lagi, bila bangun waktu weekend matahari da terik. hehehe... (peringatan sekiranya bahan-bahan tersebut tidak serasi dengan anda, jangan teruskan)
Selamat mencuba =)
*Sumber dari Majalah Remaja
Note : Terima kasih kerana sudi membaca dan ketemu lagi...
No comments:
Post a Comment