SELANGKAH MENUJU KE 3 SERIES

Assalamualaikum and hi everyone...

Today is

.
.
.
.
.


MY BIRTHDAY!!!

Happy Birthday To Me.....     Happy Birthday To Me..... 
Happy Birthday.....  Happy Birthday.....
Happy Birthday To Me!!!!


Huh, cepat benar masa berlalu. Pejam celik, pejam celik hanya beberapa langkah saja aku akan termasuk digolongan 3 series. Walaupun sudah ke 3 series tapi belum banyak percapaian yang aku belum kecapi. Walau apa pun aku harus terus pandang kehadapan. Azam aku untuk tahun hadapan, untuk membuang sikap aku yang suka toleh kebelakang. Aku akan terus pandang ke hadapan dan capai apa yang aku inginkan.


Tapi, dalam kegembiraan aku menyambut hari kelahiran aku ada juga rasa sedihnya. Bukan hanya aku, tapi seluruh rakyat Malaysia atas apa musibah yang telah menimpa di Negara kita sekarang iaitu banjir. Semoga becana ini tidak berpanjangan dan semoga kesemua mangsa sentiasa dilindungi. Amin...


Terima kasih sudi baca :)





P/S : Hari ini genaplah 10 tahun tsunami berlalu. 

Wordless Wednesday #7 - USS






p/s : Motif upload pic nie sbb nak bagitau kat uols nie pic terbaru aku. Tengok, bukan makin kurus  tapi bertambah2 berat badan aku nie. Bukan salah mana2 produk yg pernah aku post tapi aku yg mls nak kurangkan mkn. huhuhuhu.... 

BURN & SOUL - BIDADARI (LYRICS)



BIDADARI - BURN & SOUL

(Syamsul)
Lirikan matamu
Senyuman manismu
Tawa manjamu
Sentuhan lembutmu
Adakah kumampu mengejarimu
Adakah kumampu memilikimu
Wajahnya..
Keayuannya..
Seakan bidadari syurga…

(Chorus)
Namun diriku masih memujaimu
Walau kutahu bukanku di hatimu
Bukalah hatimu..
Sedari wujudku..
Namun diriku masih memujaimu
Mengapa engkau butakan hatimu
Sedangkan engkau tahu..
Ku ada di sisimu..
Memerhatimu, menjagamu, mendambamu tanpa jemu..

(Dr. Anwar Fazal)
Pandangan redupmu
Gurauan sendamu
Bisikan jiwamu
Menawan hatiku
Adakah kumampu mengejarimu
Adakah kumampu memilikimu
Wajahnya..
Keayuannya..
Seakan bidadari syurga…

(Chorus)
Namun diriku masih memujaimu
Walau kutahu bukanku di hatimu
Bukalah hatimu..
Sedari wujudku..
Namun diriku masih memujaimu
Mengapa engkau butakan hatimu
Sedangkan engkau tahu..
Ku ada di sisimu..
Memerhatimu, menjagamu, mendambamu tanpa jemu..

(Bridge)
Biar bercerai nyawaku dari jasadku pastiku kan masih setia…
Biar gugur semua bintang dari langit pasti ku menyinta…
Selagi diriku ada..
Impianku oh kita bersama
Aku tahuku oh pemuja rahsia
Bersamamu penuh dengan kenangan
Kenangan pahit manis tak mampu kulupakan
Bukalah hatimu
Sedari wujudku
Namun diriku masih memujaimu
Mengapa engkau butakan hatimu
Sayang(x10)




Sumber :
Lirik : MYGOSIP.COM
Video :  Burn & Soul Entertaiment youtube channel



p/s : Berblogwalking sambil layan lagu jiwang :)


DOA PENERANG HATI


Assalamualaikum & hi everyone...


Salam jumaat kawan-kawan semua. Sebelum kita start buat kerja jom kita sama-sama baca Doa Penerang hati nie, mudah-mudahan segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin...

SUMBER : GOOGLE



Terima kasih sudi singgah dan baca. Have a nice day & good luck :)

BUAT PASSPORT MALAYSIA UNTUK PERTAMA KALI

Assalamualaikum and hai everyone...


Sedih naw naw aku dengan blog aku nie, last entri dah berzaman. Entri raya haji tahun lepas, tak lama dah nak raya haji balik. Nampak sangat kemalasan aku yang dah tak tahu nak dikategorikan tahap apa. Nasib kaulah wahai si mawar putih. Sangatlah kan...  Dahlah takyah nak merepek sangat. Ada orang heran dengan kau punya blog. Ngeeee.... 


Ok berbalik pada tajuk entri pada hari ini, aku dengan buat pertama kalinya baru nak buat passport. Sedih dah tua2 baru nak ada passport. Walaupun aku tahu, dah ramai ada passport dan tahu cara nak mohon atau buat tapi aku nak share jugak pengalaman aku buat passport nie mungkin step yang aku alami ini mungkin berbeza dari yang dulu. Jadi dah siap-siaplah apply cuti. Aku buat dengan kawan aku dan dua orang adik aku. Jadi kami decide untuk buat di Jabatan Imigresen Kompleks PKNS Shah Alam, Seksyen 14. Kira bolehlah dekat dengan rumah walaupun amik masa 30-40 minit jugak. Jadi kalau ada dokumen kurang nak patah balik senang. Macam terjadi dekat kitaorang Surat Beranak Original adik aku tertinggal terpaksa balik jugak amik sebab taknak bazir masa nak datang buat lain kali.


Seperti biasa bila nak buat passport nie aku dah siap-siap mengoogle cara-cara nak mohon passport untuk pertama kali. Macam-macam cara ada yang aku baca. Jadi lebih afdal aku ke laman web Jabatan Imigresen. Bila dah dapat info jadi aku siap-siap amik gambar dan Photostat dokumen yang berkenaan seperti yang diminta dan melalui info pengalaman bagi orang-orang lain yang dah pernah mohon. Tapi bila sampai sana semua tak digunakan. Rugi RM15.00 tuk amik gambar. Ngeee…
Jadi perhatian kepada sesiapa yang nak buat passport untuk pertama kali, sekarang ini tak payah nak susah-susah nak amik gambar atau Photostat Kad Pengenalan. Just bawak diri dan kad pengenalan original sahaja. Bagi pemohon yang bawah 18 tahun WAJIB bawak original Surat Beranak dan Mak sekali. Tak boleh wakil-wakil. Make sure Mak uols sentiasa berada disisi uols sehingga uols dapat passport ditangan uols. PENTING HOKEY!!! 


STEP 1 :
Sampai jer korang kat Jabatan Imigressen tue korang cakap kat staff jaga kaunter tue nak buat passport untuk pertama kali. Lepas tue dia akan bagi nombor giliran sekali dengan borang tuk isi. Sambil-sambil uols tunggu nombor giliran uols, uols boleh isi borang tue. 

Nielah rupa borangnya. Tak banyak pun kena isi.


STEP 2:
Bila no giliran korang dipanggil mula staff kaunter tue akan ambil gambar korang. Jadi korang kenalah siap-siap pakai cantik-cantik. Bagi yang bertudung uols disarankan pakai tudung warna hitam, kalau tak sia-sia korang pakai tudung berwarna-warni siap lilit2 bagai tapi korang kena pakai tudung yang dorang sediakan. Sedihkan. Proses dikaunter ni staff Imigresen akan confirmkan butiran yang uols isi dalam borang tadi betul untuk buat confirmation sebelum dorang update ke dalam sistem dorang. Bila dah siap masukkan data uols dan tiada apa-apa masalah, orang kat kaunter tue akan print satu borang butiran pemohonan uols untuk uols semak dan tandatangan. Bila dah siap tandatangan, bermakna uols settle untuk step nie dan akan ke step seterusnya iaitu proses pembayaran. Senang kan… 
(PERHATIAN : Bagi pemohon 18 tahun kebawah di step ini uols kena datang sekali bersama-sama Mak uols dan WAJIB kemukan Salinan Surat Beranak Original dan Kad Pengenalan uols dan Mak Uols.)


STEP 3:
Untuk step nie korang kena tunggu nama uols dipanggil untuk ke kaunter pembayaran. Kaunter pembayaran nie dekat-dekat jugak dengan kaunter untuk step 2. Bila nama uols dipanggil uols perlu buat pembayaran. Uols hanya dicas untuk pembayaran passport jer, gambar free woo. Time uols bayar tue staff kat kaunter pembayaran akan bagitahu korang kena tunggu 1 jam untuk passport uols siap. Kira proses permohonan passport korang dah settle. Senangkan. Proses tak sampai 1 jam pun. Jadi sementara nak tunggu passport korang siap korang bolehlah pergi breakfast dulu.
(Time nie aku terpaksa balik kerumah untuk mengambil surat beranak original adik aku. Kitaorang bertiga dah settle untuk proses mengambil passport jadi adik aku sorang nie tak settle lagi untuk step 2. Kalau sape-sape yang tertinggal dokumen macam saya nie lepas dah amik dokumen kat rumah boleh pergi terus ke kaunter yang tadi uols berurusan jadi tak payah nak tunggu lama untuk amik nombor baru)


Kadar Bayaran Pasport

a. RM100.00 untuk 2 Tahun
b. RM300.00 untuk 5 Tahun

Bayaran Bagi Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas) dan Kanak-Kanak (berumur dibawah 12 tahun)
a. RM80.00 untuk 2 Tahun
b. RM150.00 untuk 5 Tahun

Bayaran Separuh Harga (RM 150.00 untuk 5 Tahun)
- Bagi pelajar berumur di bawah 21 tahun yang menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di luar Negara bersama-sama:

a) Dokumen Sokongan :
- surat tawaran IPT atau Agensi Pengambilan Pelajar atau surat tawaran biasiswa / tajaan
- Resit bayaran yuran pendaftaran
- Kad Matrik Pelajar (jika sedang belajar)


STEP 4:
Selepas 1 jam korang boleh terus ke kaunter pengambilan passport. Tak payah amik nombor. Boleh terus ke kaunter. So, siap sudah passport uols. Senangkan. Yeaaaa, dah boleh kahwin lari kat Thailand. Nggeeee….
(PERHATIAN : Kepada pemohon bawah 18 tahun time nak amik passport wajib Mak uols ada sekali. Macam adik saya konon Mama saya tunggu kat bawah sebab yang lain-lain dah siap passport masing malas nak naik semula, jadi saya dan adik saya jer naik tapi dorang nak juga Mama saya ada walaupun tadi di step 2 Mama saya ada. Terpakasalah col Mama minta naik jugak. Huhuhuhu… Macam-macam hal.)


Nielah passport kami


Sape-sape yang pernah buat di Jabatan Imigeresen Kompleks PKNS Shah Alam mesti mengalami masalah kesukaran nak cari Jabatan Imigresen nie kan. Jadi saya untuk memmudahkan korang mencari saya sarankan sampai jer uols kat Bangunan Kompleks PKNS Shah Alam tue korang pergi naik lift yang berdekatan dengan KFC atau pun Guardian (Kalau tak silap). Bila korang naik lift ke tingkat 3, korang dah Nampak Jabatan Imigresen nie di belah kiri uols.


So, sape-sape yang baru nak mohon atau buat passport nie semoga Berjaya… Ngeee….


Terima kasih sudi singgah dan baca. Have a nice day!!!




p/s : Kunun2 entri nie nak post sebelum pergi holiday (holiday sangatlah kan) nie dah sebulan lepas pergi trip. Ish2x....