Treatment Hair At Home

Assalamu’alaikum! & Greeting!...

Treatment Hair atau  Rawatan Rambut adalah salah satu aktiviti yang sangat digemari dan bagus oleh semua wanita dan juga lelaki. Tak kiralah membuat rawatan di saloon mahupun dirumah. Memang seronok kalau kita dapat melakukan rawatan ini di Saloon. Selain ia lebih berkesan, ia juga kerana segala keperluan di Saloon lebih lengkap berbanding dirumah. Tetapi bagaimana pula bagi wanita mahupun lelaki yang tidak mempunyai kemampuan sudah semestinya jalan terbaik dengan membuat rawatan rambut sendiri. Dengan cara ini juga secara tidak langsung menjimatkan wang kita. Sekarang ini banyak kedai yang menjual produk saloon, So, takde masalah kalau kita nak buat rawatan ini sendiri. Produk yang dijual sama kualiti dengan di saloon cuma bezanya kita buat sendiri. Itu tak jadi masalahkan. Tetapi sekali-sekala kita juga perlu memanjakan rambut kita di saloon cukup hanya memadai sekali sebulan. Selain memanjakan rambut kita, dengan berjumpa dengan orang yang lebih pakar tentang rambut kita boleh dapat tahu apa masalah rambut kita yang kita tidak tahu dan boleh mendapatkan khidmat nasihat.

Ok, sebelum Mawar hendak share cara Mawar membuat rawatan rambut di rumah ni, Mawar nak kasi tahu awal-awal Mawar buat entri ini takdelah cakap rambut Mawar ni cantik. Sometimes, Mawar pun ada miss minggu juga buat rawatan rambut. Saja nak share cara Mawar dan share juga teknik yang Mawar pelajari dari kawan-kawan dan vlog rakan-rakan di alam maya. Mawar kalau bab-bab menstail rambut memang fail. Rajin juga tengok video cara stail rambut di youtube tapi tak pernahnyer nak jadi. hehehe... Tetapi harus di ingatkan tidak semestinya perawatan rambut hanya berfungsi untuk mencantikkan rambut semata-mata dah nama rawatan of course ia berfungsi untuk kesihatan pada rambut kita.

so, let see my step hair treatment


Untuk kali ini Mawar cuba ubat treatment suggestion dari kawan Mawar. Ni pun dia kasi Mawar cuba dari lebihan yang dia telah pakai. Treatment dari saloon accessories. Untuk rambut pun ada collagen treatment tue, campur dengan teh hijau. Wangi tau.




<
Abaikan kasut itu. ;)

Sapukan rata ubat treatment tadi ke setiap helaian rambut anda. Contoh seperti diatas. Kalau di saloon selepas selesai menyapu rata ubat treatment, rambut kita dibiarkan seketika dibawah steamer rambut. Tapi macamana pula bagi yang tiada steamer rambut ini? Jangan risau mawar ada 2 cara untuk mengantikan steamer. Part ni yang Mawar cerita sikit. Kalau sesiapa yang tiada steamer boleh mengantikkan dengan membalut dengan tuala hangat. Cara yang biasa kita buat adalah dengan merendamkan towel ke air panas. Tetapi cara ini agak payah sedikit bayangkan kalau kita ambil kain dalam air panas tu of course melecur tangan i. hehehe... Ok2, so Mawar ada cara lain untuk ini. Nak tahu Mawar guna cara apa?

Tadaa!!!!

.

.

.

.


<
Dengan cara memanaskan tuala ke dalam microwave atau oven yang Mawar guna ini. Bijak tak? Tapi cara ini Mawar tahu dari Youtube. So, uols boleh cuba. Panaskan dalam beberapa minit.




Balutkan kepala uols dengan kain yang telah dipanaskan tadi, dan biarkan selama 15 minit - 40 minit. Kemudian bilas rambut uols sampai hilang kesan ubat treatment tersebut.




>
Kemudian keringkan rambut dengan teknik blow atau guna teknik semulajadi dengan membiarkan rambut uols kering dengan mengunakan kipas.




<
Last, uols boleh gayakan rambut uols mengikut citarasa uols and boleh terus pergi dating...





Selamat mencuba....

2 comments:

  1. wahh..rjinnya. boleh buat utk yana tak?? hehehh yana tag mawar http://nazlyizan.blogspot.com/2012/11/segmen-2nd-anniversary-giveaway-by-qcey.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, xde hal punyer. Yana sori, Mawar dah lama x menjenguk Yana. Anyways, thanks sgt2...

      Delete