My Family 1st Big Event

Asslamualaikum/Good Day,

12 febuary lepas, adalah hari pertunangan adik Mawar yang ketiga. Hebat ko eh, langkah dua kakak ko yer. Majlis ini juga merupakan majlis yang 1st majlis pertunagan bagi family Mawar. So, agak tidak mempunyai banyak pengalaman untuk membuat persiapan hantaran. Kalau sebelum-sebelum ini bila e-day or weeding cousin2 Mawar, Mawar hanya lebih suka tengok saja hasil hantaran dorang dan tidak ada lagsung hendak tolong buat sekali. Belek-belek majalah yang berunsur perkahwinan atau tunang jugak memang taklah. Ada juga beberapa hantaran yang digubah oleh Makcik Mawar. Ditambah juga adik Mawar menyatakan hasrat untuk bertunang dalam masa yang singkat. So, ini jer lah hasil-hasilnyer yang dapat kami persembahkan. hehehe... Hantaran daripada pihak kami memang terlalu simple, tetapi pada Mawar it so nice. I suka juga sesuatu itu simple but it look wow!!! (wow ker???)

<
1. Sirih Junjung , ia telah digubah oleh Mak Ucu kami. (daun sirih sudah mau layu)



2. Cincin , benda yang paling penting untuk majlis pertunangan. Tak sempat nak ambil gambar cincin. Ia digubah bersama bunga rampai. Ia telah digubah di kedai tempat kami beli-beli barang untuk hiasan hantaran.



3. Cincin dan Kain , ini adalah denda yang dikena di bayar oleh adik saya kerana atas kesalahan melangkah bendul. hahaha... ayat. Kalau uols nak tahu, dia bukan langkah bendul kakak-kakaknya sendiri malah kakak tunangnya juga. Tetapi ada sesetengah orang kita sudah tidak mengamalkan adat seperti ini. Cincin dan kain kami bagi atas kehendak dari pihak keluarga kami sendiri.


<
4. Barangan Kecantikan , ia digubah oleh adik saya yang ke4. Pandaikan dia gubah. huhuhu... Bila tengok gambar memang uols mesti tekejutkan, bermacam-macam jenis ada. Siap ada roll-on eye lagi. So, kami hanya layankan saja kehendak orang yang nak bertunang nie. Hantaran ini memang mencabar untuk kami gubahkan. Hem, treatment in pack tue tunang adik saya tak bagi tapi Mawar sedekah untuk cover lubang. huhuhu...



5. Coklat + Gula = Manisan , di import dari Langkawi. Last month Mawar ke Langkawi, so ambil kesempatan beli coklat sebab kat sana murah.



<
6. Muffin Dot-Dot  , eh, betul ker namanyer?? hehehe... di sponser dan dibuat sendiri oleh kakak sepupu kami. Cantikkan....



7. Kek , masa pergi menghantar Mawar yang bawak kek. Tapi, boleh pulak tak letak pisau. So, masa amik hantaran dari sana tinggalkan pisau yang dorang bagi. huhuhu...




8. Kain , ia digubah oleh Mak Ucu kami juga. Kain nie, banyak sangat batu-batu permata (permata lah sangat) so agak sukar Mak Ucu kami nak gubah dan ini hasilnya.




9. Buah-Buahan , ini belum siap digubah dengan tambahan buah anggur. Limau nampak macam buruk, sebab limau tue stok kat rumah kena guna sebab bakul terlalu besar. Hampir 20 biji jugalah ada.


Kesemua hasilnyer :-


So, inilah hasilnya untuk 9 dulang hantaran sebelum kami berangkat menghantarnya. eh, tapi kek x masuk lagi.


*** Congrat my lil brother. Semoga korang kekal dan lebih bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment