Saya Nak Kurus Semula

Assalamu’alaikum! & Greeting!...


Bila baca entri Lysa yang ciut miut orangnya pasal ini, teringat pulak masa zaman saya muda-muda gitu... Masa umur 21-23thn. Me, pada waktu itu kurus jer. Apa yang saya inginkan pada waktu itu pun sama seperti Lysa nak SAYA NAK GEMUK. Cuma bezanyer saya tinggi, of coz lagi terserlah kejelitaanku pada saat itu. (Uwerrkk) Tapi, bila umur meningkat ke25thn keatas bebeza pula keinginanya. SAYA NAK KURUS... hehehe...

Mula-mula dulu, niat tue cuma nak naikkan badan sikit jer. Nak membesarkan mana-mana bahagian yang tertentu sahaja. (Uppss!!! apakah bahagian2 itu??) Dan kekononya selepas mencapai target, saya akan mulakan kempen KURUSKAN BADAN SEMULA. TETAPI.... lain pula jadinya. Badan confemlah makin besar, tetapi tang perut lagi hebat membesarnya. Mengalahkan ibu-ibu mengandung. hurm.... Bila umur saya 25 tahun ke atas, agak sukar pula untuk KURUSKAN BADAN SEMULA. Kalau dulu, ada lah juga badan naik sebab makan banyak, then saya kurangkan makan atau demam secara automatik dia akan kurus semula. Tetapi tidak sama seperti sekarang. Kurang makan dan demam berhari-hari pun tetap maintain membesar. Sampailah ketahap malas nak fikir dan teruskan dengan maintain membesar dan ditambah dengan tidak tahan godaan makanan didepan mata. Tetapi bila saya berfikir panjang soal ini, ia agak MEYERAMKAN jugak if saya buat tak endah. Sebab semakin hari semakin menjadi-jadi pulak.

SEE THE PERBEZAAN  =)



DULU-DULU



Gambar ini masa umur 23thn



AND NOW




Gambar this year before hair cut (saya bkn penyokong Chelsea) 


 *** Tang lengan tue tak tahan.

Since awal tahun lepas, saya kurang memirkan soal fesyen-berfesyen and baju cantik-cantik. SEBAB.... setiap kali cuba mesti TAK MUAT and TAK MENYERLAH bila ia muat dipakai. Sampai saat cuma berpegang pada JANJI MUAT DAN BOLEH PAKAI SUDAH. Dan nasib baik lah juga kat Office saya bekerja tue tak ramai staff. So, boleh pakai apa yang saya muat untuk dipakai even baju kelawar sekali pun. hahaha!!! Sure akan kena halau oleh si Bos. Tapi kadang-kadang rasa malu and rendah diri lah pulak bila lalu sebelah perempuan yang pakai vouge2 dan kurus. Sampai ada masanyer juga si dia menoleh ke arah perempuan disebelah berbanding saya yang sedang dia pimpin. OHHH!!! TIDAAAAK!!!!


Untuk mendapatkan hasil badan kurus dengan cepat mungkin agar sukar. Tapi mulai saat ini me akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kembali bentuk badan saya semasa umur 21thn dulu. hehehe.... Chaiyok3x.... Ini boleh dikatakan salah satu AZAM BARU Mawar for this year la... =)


Pengajaran : makan biarlah berpada-pada. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. (nasihat yang sesuai untu aku)





Note : Motif buat topik ini sebenarnyar teringat zaman-zaman diawal 20an.. Macam tidak percaya sudah hampir kegolongan lewat 20an... uwaauwaa!!!!

No comments:

Post a Comment